{"id":15537,"date":"2023-11-05T01:24:39","date_gmt":"2023-11-05T01:24:39","guid":{"rendered":"https:\/\/mysakinah.wpenginepowered.com\/my\/2023\/11\/05\/tips-cabaran-perkahwinan-semasa-raya-sebagai-isteri\/"},"modified":"2025-01-12T16:00:25","modified_gmt":"2025-01-12T08:00:25","slug":"tips-cabaran-perkahwinan-semasa-raya-sebagai-isteri","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mysakinah.com\/my\/tips-cabaran-perkahwinan-semasa-raya-sebagai-isteri\/","title":{"rendered":"Tips Cabaran Perkahwinan Semasa Raya Sebagai Isteri"},"content":{"rendered":"<p><span style=\"font-weight: 400;\">Hari raya adalah hari yang cukup dinantikan bagi kebanyakkan orang terutama kanak-kanak dan ibu ayah di kampung. Tetapi, bagi pasangan yang ada masalah rumah tangga, raya adalah masa yang paling serabut dan tertekan.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Ada yang masih dilema dengan perkahwinan sendiri terutama masa raya. Ada pula yang memikirkan raya kali ini mungkin raya terakhir bersama keluarga.\u00a0<\/span><\/p>\n<h2><b>RESET EXPECTATION<\/b><\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Untuk melalui fasa krisis semasa raya, sebagai isteri anda perlu <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">reset expectation <\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">bahawa perkahwinan anda sekarang TIDAK seperti perkahwinan yang normal kerana fokus dan peranan telah berubah disebabkan oleh tinggal berasingan.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Anda mungkin keliru dengan peranan isteri samada perlu ke pujuk atau mengambil semula hati pasangan? Sebenarnya ketika krisis, anda hanya perlu<\/span><b> fokus untuk tidak memburukkan keadaan dengan menjaga air muka suami di depan ramai orang<\/b><span style=\"font-weight: 400;\">.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Analogi perkahwinan anda sekarang boleh disamakan seperti perang di Ukraine. Pada awalnya, keadaan harmoni dan tenang. Tetapi apabila berlaku peperangan, keadaan menjadi huru-hara. Ia memerlukan masa untuk pulih dan banyak jiwa terkorban.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Begitu juga, ketika dalam fasa krisis terutama semasa raya banyak perkara yang akan menambahkan stress anda. Oleh itu, anda perlu:<\/span><\/p>\n<ul>\n<li style=\"font-weight: 400;\"><b>FOKUS kepada perkara yang anda BOLEH KAWAL<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> dengan melakukan perubahan diri ke arah yang lebih baik supaya tidak mengeruhkan lagi keadaan.\u00a0<\/span><\/li>\n<\/ul>\n<h2><b>NEGATIVE SENTIMENT OVERRIDE<\/b><\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kajian menunjukkan, pasangan yang <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">stuck<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> dalam krisis perkahwinan akan mengalami <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">Negative Sentiment Override<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> (NSO). NSO adalah perasaan, tindakan dan respon yang hadir disebabkan oleh seseorang yang <\/span><b>terperangkap dengan perasaan negatif yang berpanjangan tanpa ditangani dengan baik <\/b><span style=\"font-weight: 400;\">seperti marah, kecewa, atau sedih. Akhirnya, <\/span><b>segala tindakan dan perbuatan mendapat reaksi negatif.<\/b><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">Negative Sentiment Override<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">, <\/span><a href=\"https:\/\/mysakinah.com\/my\/5-perkara-yang-perlu-dilakukan-dalam-krisis-perkahwinan\/\"><span style=\"font-weight: 400;\">lihat artikel ini.<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\">\u00a0<\/span><\/p>\n<h2><b>TAHAP KRISIS PERKAHWINAN<\/b><b>\u00a0<\/b><\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Terdapat 4 fasa krisis perkahwinan sebelum perceraian.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><b>Fasa Pertama:<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> Anda atau pasangan <\/span><b>mula berfikir<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> tentang perceraian.<\/span><\/p>\n<p><b>Fasa Kedua: <\/b><span style=\"font-weight: 400;\">Anda atau pasangan <\/span><b>meluahkan<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> hasrat untuk bercerai.<\/span><\/p>\n<p><b>Fasa Ketiga:<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> Anda atau pasangan <\/span><b>melakukan perkara kearah perceraian<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> seperti tidur berasingan atau tidak tinggal serumah.<\/span><\/p>\n<p><b>Fasa Keempat: <\/b><span style=\"font-weight: 400;\">Anda atau pasangan <\/span><b>membuat keputusan muktamad<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> untuk bercerai.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">________________________________________________________<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Berikut merupakan <\/span><b>masalah yang dihadapi<\/b> <b>isteri<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> semasa musim perayaan dan <\/span><b>tips yang praktikal<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> untuk isteri <\/span><b>berdasarkan tahap krisis <\/b><span style=\"font-weight: 400;\">perkahwinan yang dialami.<\/span><span style=\"font-weight: 400;\">\u00a0<\/span><\/p>\n<h1><b>MASALAH KEWANGAN<\/b><\/h1>\n<h2><b>Nak beli baju raya untuk anak, tapi..<\/b><\/h2>\n<p><b>Fasa Pertama:\u00a0<\/b><\/p>\n<ol>\n<li style=\"font-weight: 400;\"><b>Kawal cara berfikir<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> supaya tidak overthinking.\u00a0<\/span><\/li>\n<\/ol>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Semakin banyak anda <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">stuck<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> dengan fikiran anda, semakin tinggi peluang untuk anda bersangka-sangka kepada suami. Akhirnya ia akan mempengaruhi hubungan anda dan suami.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">\u274c Monolog isteri: <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">\u201cSuami aku ni, senyap je nak raya ni.. Baju raya budak-budak pun takde lagi.. dah nak habis puasa dah ni.. Kalau takde duit untuk beli baju budak-budak, entah ke manalah dia spend duit dia. Ni mesti kes mak minta lagi. Kalini apa pula alasan orang tua tu..hey suami aku pula, tang anak bini sure berkira..\u201d<\/span><\/i><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">\u2705 Monolog isteri: <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">\u201canak-anak aku ni tahun ni puasa penuh. Teringin lah nak belikan baju raya untuk dorang.. Better aku bincang dengan suami kalau dia ok..\u201d<\/span><\/i><\/p>\n<ol>\n<li style=\"font-weight: 400;\"><b>Berterus-terang <\/b><span style=\"font-weight: 400;\">kepada suami <\/span><b>tanpa perli<\/b><span style=\"font-weight: 400;\">\u00a0 tentang keperluan anak-anak.\u00a0<\/span><\/li>\n<\/ol>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">\u274c \u201cHai awaknya, tengok budak-budak tu tak nampak ke baju dah makin singkat?\u201d\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">\u2705 <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">\u201cAbg, tahun ni anak-anak dapat puasa penuh. Dorang pun cepat membesar. Banyak baju yang dah tak muat. Kalau bajet bulan ni ok, kita beli baju raya untuk dorang ok tak?\u201d.<\/span><\/i><\/p>\n<ol>\n<li style=\"font-weight: 400;\"><b>Terima realiti kemampuan kewangan keluarga.<\/b><span style=\"font-weight: 400;\">\u00a0<\/span><\/li>\n<\/ol>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Apa sahaja respon suami selepas anda meluahkan dan berterus-terang, anda perlu menerima kemampuan kewangan suami.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Sekiranya suami bersetuju dengan cadangan anda, carilah keperluan mengikut bajet yang bersesuaian berbanding jenama atau keluaran mana.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">\u274c <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">\u201cishh awak ni,, tak habis-habis cakap takde duit.. dah tu, pergilah buat kerja part time ke.. Takkan tu pun tak reti? saya muaklah dengan awak ni.. Macam ni ke jadi bapak?\u201d.<\/span><\/i><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">\u2705 <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">\u201cKalau macam tu, tak mengapa abg. Nanti saya usahakan tengok baju budak-budak yang masih ok untuk pakai lagi.. Terima kasih abg, sebab dah berusaha cari nafkah untuk kami sebaiknya\u201d.<\/span><\/i><\/p>\n<ul>\n<li><b>Ambil inisiatif untuk terangkan pada anak <\/b><span style=\"font-weight: 400;\">sekiranya keadaan kewangan tidak mengizinkan. Apabila raya, tidak semestinya perlu pakai baju baru. Memadai pakai pakaian yang terbaik.<\/span><\/li>\n<\/ul>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">\u2705 <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">\u201cKakak, adik.. Ibu ayah tak dapat nak sediakan baju raya baru tahun ni.. Sebabnya haritu baru je beli barang sekolah kan? Kita guna baju yang ada je ya.. Lagipun ibu tengok baju dalam almari cantik lagi tu..\u201d.<\/span><\/i><\/p>\n<ol>\n<li style=\"font-weight: 400;\"><span style=\"font-weight: 400;\">Anda boleh <\/span><b>tukar cara hargai anak<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> dengan mengajak anak:<\/span><\/li>\n<\/ol>\n<ol>\n<li style=\"font-weight: 400;\"><span style=\"font-weight: 400;\">Masak makanan kegemarannya.\u00a0<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\"><span style=\"font-weight: 400;\">Mandi sungai bila balik kampung nanti.\u00a0<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\"><span style=\"font-weight: 400;\">Peluk, puji dan berikan sentuhan fizikal kepada mereka.\u00a0<\/span><\/li>\n<\/ol>\n<p><b>Fasa Kedua, Ketiga &amp; Keempat:\u00a0<\/b><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kebiasaannya, apabila suami isteri berada <\/span><b>dalam fasa krisis,<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> keperluan dan <\/span><b>hubungan dengan anak-anak masih terjaga<\/b><span style=\"font-weight: 400;\">. Tetapi, suami berkemungkinan sukar membelanjakan duit untuk isteri disebabkan oleh rasa tidak puas hati disebabkan oleh <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">Negative Sentiment Override.\u00a0<\/span><\/i><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Tindakan yang isteri perlu lakukan:<\/span><\/p>\n<ul>\n<li><b>Beritahu suami untuk menyediakan keperluan anak-anak semasa raya.<\/b><\/li>\n<\/ul>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">\u274c \u201c<\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">Awak, saya tak heran tau duit awak tu. Yang saya tahu, raya ni anak-anak mesti ada baju raya. Pandai-pandai awaklah fikir sendiri nak buat macam mana.\u201d<\/span><\/i><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">\u2705 <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">\u201cAwak, dah nak raya ni. weekend bila tak kerja, awak keluarlah dengan anak-anak. Bawa dorang cari baju raya. Untuk saya tak perlu.\u201d<\/span><\/i><\/p>\n<ol>\n<li style=\"font-weight: 400;\"><b>Maklumkan kepada suami untuk raikan dan hargai anak-anak raya ini sebaiknya<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> supaya menjadi kenangan terindah untuk anak-anak andai kata ini merupakan raya terakhir anda dan keluarga.\u00a0<\/span><\/li>\n<\/ol>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">\u274c \u201c<\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">Saya takde moodlah nak fikir pasal raya. Kita pun dah nak bercerai kan? Awak buatlah hal awak sendiri. Budak-budak tu pakai jelah apa yang ada.\u201d<\/span><\/i><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">\u2705 <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">\u201cSaya tahu mungkin hubungan kita dah tak lama sebagai suami isteri. Tapi kita tetap ibuayah anak-anak. Bukan mudah untuk anak-anak terima realiti nanti. Tapi sekurangnya untuk raya ni, boleh kita bagi yang terbaik untuk anak-anak? Saya cadang nak belikan baju raya dorang. Tapi guna duit awak\u201d.\u00a0<\/span><\/i><\/p>\n<h1><b>MASALAH DENGAN SUAMI<\/b><\/h1>\n<h2><b>Gaduh nak bincang balik raya mana<\/b><\/h2>\n<p><b>Fasa Pertama &amp; Kedua:\u00a0<\/b><\/p>\n<ol>\n<li style=\"font-weight: 400;\"><b>Berfikir sebelum bercakap.<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> Anda perlu fokus kepada tujuan perbincangan dan <\/span><b>elakkan emosi mengawal diri<\/b><span style=\"font-weight: 400;\">.\u00a0<\/span><\/li>\n<\/ol>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Anda boleh mulakan inisiatif untuk berbincang. Tetapi anda <\/span><b>tidak boleh mengawal suami untuk bersetuju <\/b><span style=\"font-weight: 400;\">dengan cadangan anda kerana ia akan mengeruhkan keadaan.\u00a0<\/span><\/p>\n<ol>\n<li style=\"font-weight: 400;\"><b>Menerima realiti situasi giliran raya<\/b><span style=\"font-weight: 400;\">.\u00a0<\/span><\/li>\n<\/ol>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Sekiranya dari awal perkahwinan sudah setuju untuk balik secara bergilir, terima dengan berlapang hati. <\/span><b>Giliran lambat atau cepat,<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> tujuan balik raya untuk ziarah keluarga <\/span><b>tetap akan tercapai.\u00a0<\/b><\/p>\n<ol>\n<li style=\"font-weight: 400;\"><b>Berterus-terang <\/b><span style=\"font-weight: 400;\">dengan suami <\/span><b>sekiranya anda ada keperluan<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> untuk utamakan giliran keluarga anda.\u00a0<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\"><span style=\"font-weight: 400;\">Minta izin untuk dapat <\/span><b>balik berbuka dengan keluarga di kampung<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> sekiranya raya ini giliran raya bersama mentua.\u00a0<\/span><\/li>\n<\/ol>\n<p><b>Fasa Ketiga &amp; Keempat:\u00a0<\/b><\/p>\n<ol>\n<li style=\"font-weight: 400;\"><b>Buat kompromi dan persetujuan<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> dengan mengambil jalan tengah berdasarkan pilihan anak-anak nak beraya di kampung mana.<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\"><b><i>Be rational<\/i><\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> supaya anak-anak tidak menjadi mangsa.\u00a0<\/span><\/li>\n<\/ol>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Serumit apa pun masalah anda dengan suami, anak-anak tetap memerlukan kasih-sayang dan perhatian ibu ayahnya. Ini bermaksud, setiap keputusan yang anda dan suami buat, akan memberi kesan kepada anak-anak.<\/span><\/p>\n<h2><b>Suami tak bantu persiapan raya\u00a0<\/b><\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Tidak dinafikan bahawa kemuncak kepenatan seorang isteri adalah dibulan Ramadan dan apabila Syawal menjelma. Sekiranya semua perkara isteri perlu tanggung dan lakukan sendiri, isteri akan mudah <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">burn out<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Jadi, perkara yang isteri perlu lakukan untuk menjaga diri dan emosi ialah:\u00a0<\/span><\/p>\n<p><b>Fasa Pertama:\u00a0<\/b><\/p>\n<ol>\n<li style=\"font-weight: 400;\"><b>Set <\/b><b><i>limit <\/i><\/b><b>dan<\/b><b><i> reset <\/i><\/b><b>peranan suami isteri<\/b><b><i>.\u00a0\u00a0<\/i><\/b><\/li>\n<\/ol>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kadang, bukan suami tidak mahu membantu. Tetapi, isteri tidak menyedari kesilapan diri yang:\u00a0<\/span><\/p>\n<ol>\n<li style=\"font-weight: 400;\"><span style=\"font-weight: 400;\">terlalu banyak mengarah,\u00a0<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\"><span style=\"font-weight: 400;\">membetulkan apa yang suami buat dan\u00a0<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\"><span style=\"font-weight: 400;\">membebel sehingga suami rasa isteri boleh buat sendiri.\u00a0<\/span><\/li>\n<\/ol>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Akhirnya, semua tugasan rumah dan uruskan anak-anak dilakukan oleh isteri sendirian. Kesannya isteri melihat bahawa suami tidak berperanan dan pemalas.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Jadi, <\/span><b>bahagikan tugas dengan suami dengan persetujuan bersama<\/b><span style=\"font-weight: 400;\">. Kalau isteri uruskan hal di dapur, minta bantuan suami untuk jaga anak-anak.\u00a0<\/span><\/p>\n<ol>\n<li style=\"font-weight: 400;\"><span style=\"font-weight: 400;\">Gunakan <\/span><b>pendekatan yang lembut<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> untuk meminta bantuan suami dengan cara:<\/span><\/li>\n<\/ol>\n<ol>\n<li style=\"font-weight: 400;\"><b>Mulakan dengan penyataan \u201csaya\u201d<\/b><span style=\"font-weight: 400;\">.\u00a0<\/span><\/li>\n<\/ol>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">\u274c <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">\u201cawak ni tak peduli langsung dengan saya. Saya penat tahu tak uruskan rumah sorang-sorang\u201d<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">\u2705 <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">\u201cSaya rasa lebih dihargai bila awak dapat tolong saya\u201d.<\/span><\/i><\/p>\n<ol>\n<li style=\"font-weight: 400;\"><b>Bertenang dan tidak membebel<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> supaya mesej utama anda kepada suami dapat difahami olehnya.\u00a0<\/span><\/li>\n<\/ol>\n<p><b>Fasa Kedua:\u00a0<\/b><\/p>\n<ol>\n<li style=\"font-weight: 400;\"><b><i>Reset<\/i><\/b> <b><i>expectation<\/i><\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> bahawa anda dan suami ketika dalam krisis sukar untuk menjalankan peranan seperti perkahwinan yang normal. Anda perlu menghadkan tugasan di rumah mengikut kemampuan diri. Kurangkan <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">expectation<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> untuk melihat keadaan rumah kelihatan sempurna.\u00a0<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\"><span style=\"font-weight: 400;\">Ketika berkomunikasi, <\/span><b>beritahu secara jelas apa keinginan anda<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> dan <\/span><b>tidak menunding jari<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> kerana ia akan mengeruhkan lagi keadaan dan sukar mencapai kata sepakat.\u00a0<\/span><\/li>\n<\/ol>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Sekiranya anda merasakan sukar untuk berbincang, PAUSE kan seketika perbincangan tersebut untuk memberi masa kepada diri supaya bertenang.<\/span><\/p>\n<p><b>Fasa Ketiga &amp; Keempat:<\/b><\/p>\n<ol>\n<li style=\"font-weight: 400;\"><span style=\"font-weight: 400;\">Dapatkan <\/span><b>perkhidmatan <\/b><b><i>part-time<\/i><\/b> <b><i>cleaner<\/i><\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> untuk membantu anda mengemas rumah menjelang raya.\u00a0<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\"><b>Lakukan aktiviti dengan melibatkan anak-anak<\/b><span style=\"font-weight: 400;\">.\u00a0<\/span><\/li>\n<\/ol>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Semasa krisis, anda tidak mempunyai semangat dan tenaga untuk membuat persiapan raya seperti waktu biasa perkahwinan. Jadi, anda boleh melakukan aktiviti mengemas bersama anak. Anda boleh menggalakkan anak membantu anda dan berikan <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">reward<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> melalui penghargaan anda kepada mereka. Lakukannya dalam keadaan yang menyeronokkan.<\/span><\/p>\n<h1><b>MASALAH DENGAN ANAK<\/b><\/h1>\n<h2><b>Anak-anak tak nak raya asing\u00a0<\/b><\/h2>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Sekiranya anda dan suami bersetuju untuk tidak beraya bersama disebabkan oleh krisis yang berlaku, anak-anak pasti akan terkesan dengan keputusan tersebut.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><b>Fasa Pertama &amp; Kedua:<\/b><\/p>\n<ul>\n<li><b><i>Stop overthinking<\/i><\/b><b>.<\/b><\/li>\n<\/ul>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Apabila anda sudah memikirkan dan meluahkan tentang perceraian, anda akan mula berasa tidak selesa dan sebolehnya nak mengelak dari beraktiviti atau beraya bersama suami. Anda perlu <\/span><b>kawal tindakan, perasaan dan fikiran<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> anda. Kerana ia akan mempengaruhi diri anda dan akhirnya tempias kepada anak-anak.\u00a0<\/span><\/p>\n<ul>\n<li><b>Berikan perhatian kepada anak-anak.<\/b><\/li>\n<\/ul>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Mungkin sukar untuk anda mendapatkan semula cinta yang semakin pudar dari suami. Tapi ketahuilah, anak-anak sangat merindukan dan mengharapkan cinta dan kasih sayang anda sebagai ibu. Jadi, berikan perhatian anda kepada anak-anak dengan <\/span><b>mengajak anak-anak buat aktiviti bersama seperti menyediakan kuih raya kegemaran mereka. <\/b><span style=\"font-weight: 400;\">Berikan wajah anda yang ceria dan gurauan bersama mereka.\u00a0<\/span><\/p>\n<ul>\n<li><b>\u201cWayang\u201d raya.<\/b><\/li>\n<\/ul>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Apa jua masalah yang anda hadapi dengan suami, cuba untuk bertindak dengan akal yang waras. Bukan emosi. Cuba sedaya upaya untuk turunkan sekejap ego diri agar dapat meraikan anak-anak raya ini walaupun terpaksa buat-buat ok dengan suami semasa raya. <\/span><b>Berikan raya yang terbaik<\/b> <b>sebagai keluarga kepada anak-anak<\/b><span style=\"font-weight: 400;\">.<\/span><\/p>\n<p><b>Fasa Ketiga &amp; Keempat:<\/b><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Bahagian ini adalah cadangan tindakan yang boleh dilakukan oleh isteri mengikut usia anak-anak.<\/span><\/p>\n<ul>\n<li><b>(6-9 tahun): Tidak perlu berterus-terang dengan anak-anak<\/b><\/li>\n<\/ul>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Anda dan suami sudah tekad untuk berpisah dan tak raya bersama. Sedangkan anak-anak tidak memahami apa yang berlaku antara anda dan suami. Jadi, anda perlu mem<\/span><b>berikan alasan yang bersifat <\/b><b><i>double meaning<\/i><\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> kepada anak-anak. Contohnya:\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">\u2705 \u201c<\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">Kakak, adik.. Raya ni kita balik kampung naik bas dengan ibu ya.. Ayah balik <\/span><\/i><i><span style=\"font-weight: 400;\">\u2018nanti\u2019<\/span><\/i><i><span style=\"font-weight: 400;\"> sebab ayah kena work.\u201d<\/span><\/i><\/p>\n<ul>\n<li><b>(6-13 tahun): Bahagikan giliran masa raya anak dengan pasangan<\/b><\/li>\n<\/ul>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Sekiranya kampung anda dan suami berdekatan atau dalam satu negeri, anda boleh bergilir dengan suami untuk raya bersama anak dalam sehari. Mungkin waktu pagi anak-anak beraya dengan anda dulu supaya anda dapat siapkan pakaian terbaik untuk mereka. Bila petang, giliran suami pula.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Tapi sekiranya kampung berlainan negeri, anda boleh bahagikan giliran masa raya anak-anak dengan pasangan beberapa hari kemudian.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Apa pun, giliran tersebut pastilah yang bersesuaian dengan situasi anak-anak dan mudah dari segi logistik.\u00a0\u00a0<\/span><\/p>\n<ul>\n<li><b>(6-13 tahun) Cipta kenangan raya anak-anak<\/b><\/li>\n<\/ul>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kebiasaan bagi keluarga yang sedang krisis, tak tahu nak buat apa selepas solat raya. Dari menghabiskan masa dalam bilik dengan <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">handphone<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> atau tengok tv, anda boleh bawa anak-anak buat aktiviti luar bersama mengikut kemampuan kewangan. Cadangan aktiviti seperti:<\/span><\/p>\n<ul>\n<li style=\"font-weight: 400;\"><span style=\"font-weight: 400;\">Pergi shopping mall. Jalan-jalan makan aiskrim.<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\"><span style=\"font-weight: 400;\">Mandi sungai di kampung.<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\"><span style=\"font-weight: 400;\">Bermain di theme park.<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\"><span style=\"font-weight: 400;\">Tengok wayang.<\/span><\/li>\n<\/ul>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Anda juga boleh bawa bersama sepupu yang anak-anak rapat untuk <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">join<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> aktiviti tersebut supaya anak tak terasa sangat kalau anda dan suami tak raya bersama.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">untuk mengetahui tentang <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">double meaning<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">, <a href=\"https:\/\/mysakinah.com\/my\/tips-cabaran-perkahwinan-semasa-raya-sebagai-suami\/\">rujuk artikel ini<\/a> .\u00a0<\/span><\/p>\n<h1><b>MASALAH DENGAN MENTUA<\/b><\/h1>\n<h2><b>Tak nak jumpa orang sebab keluarga dingin\u00a0<\/b><\/h2>\n<p><b>Fasa Pertama &amp; Kedua:<\/b><\/p>\n<ul>\n<li><a href=\"https:\/\/positivepsychology.com\/positive-self-talk\/\"><b><i>Positive self-talk<\/i><\/b><\/a><span style=\"font-weight: 400;\"> membantu menguatkan <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">inner self<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">.\u00a0<\/span><\/li>\n<\/ul>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Beritahu pada diri: <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">\u201cDear myself, raya setahun sekali je. Tak apa kalau rasa tak selesa nak balik jumpa in law. Fasa ini sekejap saja. You can do it.\u201d<\/span><\/i><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Sekiranya anda rasa ada perkara yang akan mencetuskan kemarahan atau kesedihan anda, segera tinggalkan perkara tersebut dan <\/span><b>lakukan <\/b><b><i>deep breathing<\/i><\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> supaya emosi anda lebih terkawal.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Kalau anda perlu \u2018lari\u2019 sekejap ke tempat lain untuk menyendiri, buat saja dan lepaskan kemarahan atau kesedihan disitu.\u00a0<\/span><\/p>\n<ul>\n<li><b>Berterus-terang dengan suami.<\/b><\/li>\n<\/ul>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Jangan <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">expect<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> suami boleh baca fikiran anda. Anda perlu berterus-terang keperluan dan keinginan diri kepada suami dengan <\/span><b>pendekatan yang berhemah<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> dengan cara:<\/span><\/p>\n<ol>\n<li style=\"font-weight: 400;\"><b>Angkat status suami<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> dan tunjukkan yang anda perlukan dia.<\/span><\/li>\n<\/ol>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">\u2705 <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">\u201cAwak, saya perlukan sokongan awak untuk balik kampung awak nanti. Saya tak ready nak jumpa keluarga awak dan risau kalau saya tak boleh control diri.\u2019\u2019<\/span><\/i><\/p>\n<ol>\n<li style=\"font-weight: 400;\"><span style=\"font-weight: 400;\">Sekiranya ada perkara yang tak diingini berlaku, <\/span><b>jangan menyalahkan orang<\/b><span style=\"font-weight: 400;\"> lain atau menjatuhkan air muka suami kerana ia akan memburukkan lagi keadaan.<\/span><\/li>\n<\/ol>\n<p><b>Fasa Ketiga:<\/b><\/p>\n<ol>\n<li style=\"list-style-type: none;\">\n<ol>\n<li style=\"font-weight: 400;\"><b>Elakkan masa kosong <\/b><span style=\"font-weight: 400;\">dengan cara:<\/span>\n<ol>\n<li style=\"font-weight: 400;\"><span style=\"font-weight: 400;\">Berikan perhatian kepada anak-anak. Ingat! Jangan nampak sangat yang anda cuba mengelak kalau balik kampung. Perlu <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">balance<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> dengan suasana raya.\u00a0<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\"><span style=\"font-weight: 400;\">Sibukkan diri dengan aktiviti seperti cuci pinggan di dapur atau topupkan kuih raya dalam balang.<\/span><\/li>\n<\/ol>\n<\/li>\n<\/ol>\n<\/li>\n<\/ol>\n<ul>\n<li><b>Hadkan komunikasi dengan keluarga.<\/b><\/li>\n<\/ul>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Semasa di kampung, kalau anda rasa kekok untuk bersembang, cukup sekadar:<\/span><\/p>\n<ol>\n<li style=\"font-weight: 400;\"><span style=\"font-weight: 400;\">Bersalaman dan bertanya khabar.\u00a0<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\"><span style=\"font-weight: 400;\">Tidak perlu bercerita perkara yang boleh membuka aib keluarga.\u00a0<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\"><span style=\"font-weight: 400;\">Elakkan dari puaskan hati orang (<\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">avoid people-pleasing<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">).\u00a0<\/span><\/li>\n<li style=\"font-weight: 400;\"><span style=\"font-weight: 400;\">Segera tukar topik dengan beri perhatian kepada anak-anak.\u00a0<\/span><\/li>\n<\/ol>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Sekiranya ada keluarga mentua atau ipar yang akan membuat provokasi terhadap anda dengan mengatakan:\u00a0<\/span><\/p>\n<p><i><span style=\"font-weight: 400;\">\u201cKau bukan isteri yang baik\u201d<\/span><\/i><\/p>\n<p><i><span style=\"font-weight: 400;\">\u201cKau tak pandai jaga suami\u201d<\/span><\/i><\/p>\n<p><i><span style=\"font-weight: 400;\">\u201cKau bukan menantu pilihan aku\u201d<\/span><\/i><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Tinggalkan kejap apa yang anda tengah buat. Kalau duduk di dapur, pergi keluar sambil minum air atau hirup udara luar.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Anda tak perlu cuba untuk <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">\u2018blend in\u2019<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> dengan mereka dan \u2018telan\u2019 kata-kata tersebut. Tenangkan diri dengan <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">istighfar<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\"> dan banyakkan berdoa. Fokus jalankan tanggungjawab anda dan jadi diri sendiri.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Rasulullah saw bersabda:<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">\u0648\u064e\u0645\u064e\u0646\u0652 \u0643\u064e\u0627\u0646\u064e \u064a\u064f\u0624\u0652\u0645\u0650\u0646\u064f \u0628\u0650\u0627\u0644\u0644\u0647\u0650 \u0648\u064e\u0627\u0644\u064a\u064e\u0648\u0645\u0650 \u0627\u0644\u0622\u062e\u0650\u0631\u0650\u060c \u0641\u064e\u0644\u0652\u064a\u064e\u0642\u064f\u0644\u0652 \u062e\u064e\u064a\u0652\u0631\u0627\u064b \u0623\u064e\u0648\u0652 \u0644\u0650\u064a\u064e\u0635\u0652\u0645\u064f\u062a\u0652<\/span><\/p>\n<p><i><span style=\"font-weight: 400;\">\u201cDan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah dia berkata baik atau diam\u201d.<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">[Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]<\/span><\/p>\n<p><b>Fasa Keempat:<\/b><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Ketika dalam fasa ini, pastinya ahli keluarga dan mentua sudah maklum tentang hubungan anda dan suami. Sekiranya anda tidak pulang beraya, ia tidak menjadi masalah.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Tetapi sekiranya anda mahu meraikan anak-anak beraya di kampung mentua, anda boleh praktikkan tips-tips sebelum ini.\u00a0<\/span><\/p>\n<h1><b>PENUTUP<\/b><\/h1>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Apa jua yang anda rasakan mengenai perkahwinan anda saat ini terutama bila raya menjelang, ia bukanlah waktu untuk terus menyalahkan diri, pasangan atau takdir.\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Anda hanya perlu belajar untuk mengendalikan masalah dengan rasional agar tidak membiarkan emosi mengambil alih dan menguasai perkahwinan anda.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Sebagai manusia, tugas kita adalah berusaha untuk memperbaiki keadaan dan terus bergantung harap kepada Allah. Selagi kita ada Allah, selagi itu ada bantuan dariNYA. Apa jua <\/span><i><span style=\"font-weight: 400;\">resul<\/span><\/i><span style=\"font-weight: 400;\">tnya nanti, serahkan kepada Allah. Allah yang tentukan. Sekurang-kurangnya anda tidak menyesal nanti. Sebab anda dah buat yang TERBAIK dalam perkahwinan. <\/span><span style=\"font-weight: 400;\">\u00a0<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: 400;\">Sekiranya anda ingin dapatkan bantuan pakar perkahwinan, <\/span><a href=\"https:\/\/mysakinah.com\/my\/transformasi-perkahwinan\/\"><span style=\"font-weight: 400;\">klik sini<\/span><\/a><span style=\"font-weight: 400;\">.<\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Hari raya adalah hari yang cukup dinantikan bagi kebanyakkan orang terutama kanak-kanak dan ibu ayah di kampung. Tetapi, bagi pasangan yang ada masalah rumah tangga,&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":234,"featured_media":15946,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"inline_featured_image":false,"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_uf_show_specific_survey":0,"_uf_disable_surveys":false,"_kadence_starter_templates_imported_post":false,"_joinchat":[],"footnotes":""},"categories":[23],"tags":[75],"class_list":["post-15537","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-krisis-perkahwinan","tag-konflik-raya",""],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mysakinah.com\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15537","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mysakinah.com\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mysakinah.com\/my\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mysakinah.com\/my\/wp-json\/wp\/v2\/users\/234"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mysakinah.com\/my\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=15537"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/mysakinah.com\/my\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/15537\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mysakinah.com\/my\/wp-json\/wp\/v2\/media\/15946"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mysakinah.com\/my\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=15537"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mysakinah.com\/my\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=15537"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mysakinah.com\/my\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=15537"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}