5 Perkara Yang Perlu Dilakukan Dalam Krisis Perkahwinan

Kebiasaannya orang yang tengah krisis tak tahu nak buat apa. Mereka berusaha tetapi kurang ilmu dan membuta tuli. 

Kebanyakannya, usaha mereka sia-sia dan akhirnya membawa ke arah perceraian. Dengan ilmu, teknik dan kemahiran yang betul, perkahwinan yang sedang krisis dapat dibaiki dan diselamatkan.

Oleh itu, anda perlu bertindak dengan ILMU YANG BETUL sekiranya anda sedar bahawa hubungan anda dalam krisis.  

Menurut John Gottman, pasangan suami isteri yang seringkali bertengkar dalam tempoh yang lama, berkemungkinan menghadapi Negative Sentiment Override (NSO). Akibat sering bergaduh, makan hati, banyak konflik yang berlaku, anda dan pasangan telah terperangkap dengan pandangan negatif dan kemarahan yang berpanjangan. Akhirnya, segala tindakan dan perbuatan mendapat reaksi negatif pasangan.

NSO menjadikan anda dan pasangan sukar melihat sudut POSITIF setiap perkara yang berlaku dan hanya nampak perkara yang TIDAK BAIK tentang pasangan. Akibatnya, anda sering berasa kecewa, tidak bahagia, sukar memahami pasangan, semakin tawar hati, putus asa dan akhirnya masalah yang timbul tidak dapat diselesaikan dengan baik.

1. BERHENTI MEMBURUKKAN KEADAAN

Cuba bayangkan seseorang hampir lemas. Apabila situasi tersebut berlaku, bagaimana keadaannya? Pasti mereka akan cuba menghulurkan tangan untuk meraih apa sahaja untuk terus hidup. Termasuklah berpaut pada orang yang cuba menyelamatkannya. Dalam keadaan tertentu akan menenggelamkan mereka. 

Inilah analogi yang boleh digambarkan berlaku dalam rumahtangga anda sekarang. Apabila perkahwinan anda semakin lemas, ramai menghulurkan nasihat dan tips. Namun terkadang teknik yang dilakukan kurang betul dan akhirnya anda dan pasangan mengalami situasi yang mencemaskan iaitu hampir ‘’lemas’’. 

Ramai tidak tahu bahawa tindakan yang bakal dilakukan semasa krisis sebenarnya boleh mengeruhkan lagi keadaan.

Tindakan yang memburukkan keadaan adalah apa sahaja tindakan yang menunjukkan anda berada dalam keadaan desperate untuk menyelamatkan hubungan.

Situasi yang boleh mengeruhkan keadaan:

  • Suami tak pernah jadi romantis tiba-tiba romantis.

Memberi hadiah untuk pasangan adalah perkara yang sangat bagus ketika situasi normal dalam perkahwinan Namun, ketika krisis tindakan memberi hadiah kepada isteri yang sudah tawar hati menunjukkan anda dalam keadaan DESPERATE 

Bagi isteri segala tindakan yang anda lakukan sekarang, mempunyai “HIDDEN AGENDA” dan bukan kerana keikhlasan. 

Barangkali tujuan anda adalah untuk mengambil semula hati isteri dan menunjukkan bahawa anda masih menyayanginya. 

Akan tetapi, isteri berfikir “baru sekarang nak bagi hadiah? Dah terlambat”. Isteri melihat apa yang anda lakukan dengan pandangan yang negatif. Menurut John Gottman, Inilah dinamakan prasangka negatif yang tinggi Negative Sentiment Override (NSO).   

  • Isteri tak pernah berbaik dengan mertua. Tiba-tiba bagi hadiah kepada mertua.

Jika sebelum ini ketika situasi normal dalam perkahwinan, anda tidak berapa gemar terhadap keluarga mertua. Namun ketika krisis, anda mula cuba mengambil hati mertua dengan memberi buah tangan dan rajin melawat. Tindakan ini bertujuan untuk menunjukkan anda adalah isteri yang baik. Secara tidak langsung cuba memenangi semula hati suami. Ini menggambarkan anda dalam keadaan DESPERATE. 

Bagi suami, tindakan tersebut merupakan sebahagian daripada helah manipulasi anda untuk mendapatkan apa yang anda inginkan. Bagi suami ini hanyalah DRAMA yang menunjukkan anda TIDAK IKHLAS untuk berubah. Bukan itu sahaja, tindakan tersebut sebenarnya mengeruhkan lagi keadaan. 

Apa yang anda harapkan ketika anda melakukan perkara tersebut?

Anda berharap pasangan menyukai tindakan anda. Tetapi hakikatnya, pasangan akan bertindak berlawanan dari apa yang anda harapkan disebabkan bibit kebencian dan prasangka negatif telah wujud dalam diri pasangan.

Ketika krisis, segala TINDAKAN dan PERUBAHAN yang cuba dilakukan akan DIPANDANG NEGATIF oleh pasangan. 

Anda TIDAK BOLEH menawan semula hati pasangan dengan RAYUAN, GODAAN, DESAKAN atau UGUTAN.

Buat masa ini, FOKUS UTAMA anda adalah untuk BERHENTI MENGERUHKAN lagi KEADAAN yang membawa ke arah perceraian.

2. GET GROUNDED

Minda perlu di reset untuk membantu anda berfikir dengan cara fikir yang betul dan jelas supaya masalah dapat diselesaikan. 

Perasaan anda atau pasangan ketika dalam krisis, akan membawa kepada pengasingan diri, kekeliruan, kebimbangan, kesunyian dan kemurungan.

Untuk memastikan diri agar boleh menyesuaikan antara expectation dan tindakan diri, anda mestilah mampu untuk bertenang. 

Anda perlu ada coping mechanism yang sihat untuk mengawal stress anda. 

Coping mechanism membantu anda untuk move on dan move forward dalam melalui fasa krisis. 

Dalam fasa krisis, aktiviti seperti fokus ketika bekerja, keluar berjogging, atau mengambil peduli tentang penjagaan diri adalah sesuatu yang sukar untuk dilakukan. 

Anda boleh pretend untuk bekerja. Tetapi kehadiran jiwa dan mental anda tidak ada semasa bekerja. Silap-silap anda lebih banyak mengelamun dari bekerja.

DO SMALL ACT TO GET IN CONTROL.

Jadi, mulakan perkara yang kecil untuk anda lebih terkawal ketika krisis: 

  1. Bangun dari katil, kemaskan tempat tidur. 
  2. Bersihkan diri.
  3. Makan makanan yang berkhasiat seperti buah dan sayur.
  4. Melakukan zikir dan doa untuk menenangkan hati seperti: 

حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ

Hasbunallah wa ni’mal wakil

“Cukuplah Allah sebagai penolong kami.” [Ali Imran: 173]

Selain itu, ketika anda menghadapi situasi marah, gusar atau tertekan, kadar denyutan nadi anda akan meningkat. 

Apabila denyutan nadi semakin meningkat, ia menyebabkan sukar untuk merasionalkan fikiran dan tidak dapat berkomunikasi atau menyampaikan mesej dengan baik.

Apa yang perlu dilakukan?

I. Perhatikan kadar denyutan nadi anda dengan menggunakan oximeter.  

II. Lakukan deep breathing.

III. Ubah posisi anda ketika ada sesuatu yang mengganggu emosi sepertimana yang disarankan dalam hadis Nabi SAW seperti berikut:

إِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ وَهُوَ قَائِمٌ فَلْيَجْلِسْ فَإِنْ ذَهَبَ عَنْهُ الْغَضَبُ وَإِلاَّ فَلْيَضْطَجِعْ

Maksudnya: “Apabila salah seorang daripada kamu marah sewaktu sedang berdiri, hendaklah dia duduk. Jika kemarahannya hilang, maka itu baik. Jika tidak, hendaklah dia berbaring.” [Sunan Abi Daud (4782)].

Kalau anda boleh lakukan perkara tersebut, ia adalah satu PENCAPAIAN yang baik terhadap kehidupan dan meningkatkan keimanan anda.

3. FOKUS PADA DIRI SENDIRI

Kawalan diri adalah perkara penting semasa krisis. Anda sukar melalui fasa perceraian dengan baik jika anda tidak ada kawalan diri.

Ketika krisis, anda perlu fokus terhadap diri sendiri bukan pada pasangan. Jika anda fokus pada pasangan, ia tidak akan mengubah apa-apa keadaan bahkan membuat anda semakin patah hati kerana anda terlalu fokus kepada PERBUATAN dan TINDAKAN pasangan. 

Ia menjadikan anda semakin SAKIT dan boleh jadi GILA.

Anda mungkin terfikir..

 “Ada lagi tak suami contact atau jumpa dengan perempuan tu?”. 

“Suami aku ni sebenarnya sayang lagi tak kat aku dan anak-anak?”.

Ketika krisis, kawal tindakan anda dari mengeruhkan lagi hubungan seperti bertindak memasang spy camera atau tracker pada pasangan. Ini menunjukkan bahawa anda terlalu fokus kepada perbuatan pasangan. 

Apa yang anda perlu buat ialah TAKE A STEP BACK dan fokus pada diri sendiri. 

Anda juga perlu KAWAL Fikiran, Tindakan, dan Perkataan anda.

Kawal apa yang anda fikirkan terhadap sesuatu isu yang berlaku. Terlalu banyak overthinking tidak bagus untuk tahap kesihatan emosi anda. Anda akan penat dan serabut. 

Fikirkan bagaimana tindakan yang bakal anda pilih. Adakah keadaan semakin baik atau sebaliknya? 

Kesan dari tindakan tersebut anda akan lepaskan pada pasangan. Mungkin sekarang pasangan anda mampu bertahan dengan kemarahan anda. Tapi sampai bila? 

Perhatikan, apakah pula kesan hubungan anda terhadap respon yang bakal anda ucapkan? Adakah respon tersebut menjadikan anda dan pasangan semakin terluka atau sebaliknya..  

Cuba bayangkan, kapal terbang yang anda naiki bakal terhempas. Siapakah yang perlu anda selamatkan dulu? 

Andaikata anda nak selamatkan orang lain dulu, bolehkah anda selamatkan mereka sedangkan anda sendiri belum memakai kelengkapan yang cukup?

4. KOMUNIKASI DENGAN TENANG (TETAPI INI SEAKAN MUSTAHIL)

Kebanyakan orang menasihati untuk menyelamatkan rumahtangga, mereka perlu memperbaiki komunikasi.

Tetapi di MySakinah, kami melihat bahawa komunikasi dengan tenang adalah perkara yang sukar dilaksanakan ketika krisis melanda. 

3 sebab kenapa komunikasi dengan tenang adalah sesuatu yang MUSTAHIL untuk dilakukan semasa krisis.

I. Tiada lagi daya tarikan terhadap pasangan.

Ketika Daya tarikan berkurang, apa yang anda cakap, TAKKAN DIHADAM atau DITERIMA BAIK oleh pasangan. Kerana..

Punca utama sering berlaku pergaduhan adalah disebabkan tawar hati; iaitu daya tarikan (attraction) terhadap pasangan semakin kurang atau dah hilang. Oleh itu anda merugikan masa untuk belajar teknik komunikasi ketika krisis.

Attraction terhadap pasangan yang membuatkan mereka berkeinginan untuk saling berkomunikasi dan rasa serasi dengan pasangan.

Daya tarikan bukan hanya pada fizikal, seksual dan penampilan sahaja.

Ketika attraction tinggi, anda akan selesa dan serasi untuk bersembang dan berada dengan pasangan. 

Contohnya, apabila musim perayaan, mungkin anda rasa tidak selesa untuk bersembang dengan sebahagian saudara anda. Jadi, perbualan anda agak terhad dan anda memberi respon berdasarkan soalan yang ditanya sahaja. 

Sedangkan bila anda jumpa dengan dengan saudara yang anda ada attraction dan selesa untuk bersembang, 2 jam pun belum tentu boleh berhenti. 

Begitu jugalah dalam perkahwinan. Ketika pasangan tertarik dengan anda, pasangan cenderung untuk menerima dengan positif apa yang anda ucapkan walaupun anda tersalah cakap. 

Tetapi, apabila attraction semakin kurang, sebaliknya berlaku. 

Sebab itu, ada yang rasa “asal aku cakap je mesti gaduh.. Apa aku buat, semua tak kena..”. 

Jadinya, semakin kurang attraction terhadap pasangan, semakin sukar untuk berkomunikasi dan bertukar pandangan dengannya.

Akhirnya, pasangan lebih selesa untuk berkongsi apa yang dirasai kepada orang lain berbanding anda. Sebab itu, ketika fasa ini curang mudah berlaku kerana attraction kepada orang ketiga tinggi. 

Attraction tinggi kerana pasangan anda belum mengenali perkara yang negatif terhadap orang ketiga. 

II. Prasangka buruk yang tinggi terhadap pasangan [Negative Sentiment Override]

Apabila daya tarikan tiada, pandangan negatif terhadap pasangan juga sering terjadi. Terkadang, benda yang biasa dan boleh jadi sebagai gurauan pun jadi tak ok. Bahkan, anda bercakap dengan nada biasa, pasangan pula dengar dengan pandangan negatif.

Contoh: 

Suami kata: “Awak, hari ini tak payah masak. Nanti saya bawa balik makanan”.

Dalam hati isteri: “huh.. Nak kata aku masak tak sedaplah tu”.

Walhal tindakan suami untuk memudahkan urusan isteri yang telah penat menguruskan anak-anak dirumah. Suami sangka apabila isteri tidak perlu masak, sedikit sebanyak menjimatkan masa dan memberi peluang untuk isteri berehat.

Kesannya, respon tersebut telah membuatkan pasangan berkecil hati.

III. Tindak balas semasa krisis.

a. Sudut Fisiologi Badan

Ledakan emosi yang tinggi (Diffuse Physiological Arousal) menyebabkan peningkatan kadar degupan jantung yang tinggi. 

Ini menyebabkan badan akan:

  • Bertindak kaku
  • Sukar berkomunikasi dengan baik
  • Fikiran sukar dirasionalkan 
  • Mesej tidak dapat disampaikan dengan baik. 

Bacaan degupan jantung yang normal ialah diantara 60bpm-100bpm. Bagi individu yang mengalami tekanan emosi dan kegelisahan, kadar degupan jantung akan menjadi lebih tinggi dari 120bpm. 

Apabila anda mengetahui tentang bacaan degupan jantung melalui penggunaan oximeter, anda mudah mengenalpasti keadaan diri dan pasangan samada komunikasi masih boleh diteruskan atau perlu take a break.

b. Sudut Psikologi

Prasangka buruk yang tinggi (Negative Sentiment Override) sudah terbentuk dalam diri disebabkan:

  • banyak konflik tidak selesai 
  • banyak memendam

Contoh: 

Isteri: “Saya penatlah uruskan rumah. Saya nak rehat kejap. Awak tengokkan anak-anak ya“.

Suami: “Awak penat apa? Awak kan duduk rumah je. Bukannya kerja pun“. 

Isteri: “Awak ingat saya duduk goyang kaki je ke kat rumah ni? Apa kata awak pula duduk rumah dan uruskan anak-anak. Baru tahu langit tinggi atau rendah”

Contoh lain: 

Suami: “Minggu ni saya nak keluar ride dengan member. Nak healing“.

Isteri: “Haa itulah awak. Asyik nak keluar dengan member je. Dengan family langsung tak peduli“.

Suami: “Arghh.. sudahlah“. Lalu suami keluar rumah tanpa bicara. 

Ketika ini, kebiasaannya suami akan rasa anda tidak lagi mengHORMATinya kerana isteri nak melawan dan menjawab ‘fight’ dari suami.

Dan isteri akan rasa suami tidak menyayanginya kerana suami kerap ‘lari’ dari isteri.

Sebab itu, komunikasi adalah hal yang MUSTAHIL untuk dipraktiskan ketika dalam mod krisis. 

Jadi, apa yang anda perlu lakukan?

Praktiskan dulu 3 tips sebelum ini ya. 

5. DAPATKAN BANTUAN

Allah memberikan solusi bagi menyelesaikan konflik yang berterusan antara suami isteri sepertimana dalam firmanNYA;

Sekiranya keadaan hubungan semakin teruk dan masih belum terkawal, Islam menggalakkan untuk kita mendapatkan bantuan pihak ketiga seperti:

  • Ahli keluarga yang dipercayai dan boleh mendamaikan suami isteri; 
  • Melalui bantuan profesional seperti hakam; atau
  • Kaunseling.

Hakam diberi kuasa oleh pihak-pihak atau oleh Mahkamah untuk menyelesaikan perkelahian (shiqaq) antara suami dan isteri. Ia berfungsi sebagai pendamai untuk pasangan yang mahu menyelamatkan atau menamatkan perkahwinan mereka.

Menghadapi ujian rumahtangga tidak mudah kerana kita sebenarnya berperang dengan diri sendiri dan bukan sahaja dengan pasangan.

PILIHAN DI TANGAN ANDA

Perkahwinan yang berada dalam krisis, masa sangat berharga dan sensitif. Semakin anda berlengah untuk bertindak, semakin parah keadaan perkahwinan anda. Anda mungkin rasa macam tiada harapan dalam perkahwinan, tetapi..

JANGANLAH BERPUTUS ASA..

Sebagai manusia, tugas kita adalah berusaha untuk memperbaiki keadaan dan terus bergantung harap kepada Allah.. Selagi kita ada Allah, selagi itu ada bantuan dariNYA.. Apa jua resultnya nanti, serahkan kepada Allah.. Allah yang tentukan. Kerana Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. 

Sekurang-kurangnya anda tidak menyesal nanti.. Sebab anda dah buat yang TERBAIK untuk perkahwinan.

Saya 100% nak selamatkan perkahwinan saya.

Program pemulihan rumah tangga yang lebih harmoni dan tenang dengan menggunakan gabungan terbukti secara saintifik dan psikologi islam.

Luahan Sakinah

Bersama Ustaz di Masjid

Free

Kelebihan

Percuma untuk sesi 30 min

Asatizah terlatih

Isnin – Jumaat, 8:00am – 5:00pm

Walk-in di Masjid tertentu sahaja

Terapi Sakinah

Bersama terapis online

RM

99

KELEBIHAN

Berbayar untuk sesi 45 min

Pakar perkahwinan

Setiap hari dari 10:00am hingga 10:00pm

Secara online melalui Whatsapp

Artikel lain

Open chat
Masih bergaduh? atau menuju penceraian?
MySakinah
Assalamua'laikum 👋
Perkahwinan masih dalam fasa dingin/bergaduh atau dah menuju perceraian? Sebab kami ada program berbeza mengikut situasi anda. Kami sedia membantu. Chat dengan kami segera.