Tentang Kami
"Untuk memulihkan dan mengukuhkan 1 juta perkahwinan, kita perlu memupuk kasih sayang dan ketahanan rumah tangga agar masyarakat menjadi lebih harmoni."

MySakinah ditubuhkan berlandaskan dari pengalaman pengasasnya, iaitu Encik Zafrul. Beliau menghadapi masalah rumah tangga dimana ia berakhir dengan penceraian. Penceraian tersebut mengakibatkan Encik Zafrul berada dalam keadaan tidak berdaya untuk melakukan apa-apa dalam kehidupan dan perkahwinan sehingga memberi kesan kepada kesihatan mental, fizikal dan kerjaya beliau.
Ketika di dalam konflik tersebut, beliau telah cuba pelbagai cara untuk menyelamatkan rumah tangganya dengan menghadiri terapi dan kaunseling. Namun, beliau menyedari bahawa penyelesaian tersebut mengambil masa yang sangat lama dan berpanjangan untuk memberi kesan dalam rumah tangga. Bahkan bantuan yang diberikan tidak berfungsi dan memerlukan kos yang banyak.
Berdasarkan pengalaman pahit yang dilalui ketika cuba untuk mendapatkan bantuan menyelamatkan rumah tangga, Encik Zafrul mengambil inisiatif untuk membangunkan sebuah platform bimbingan perkahwinan. Platform ini bertujuan membantu pasangan yang sedang menghadapi krisis perkahwinan dengan memberikan mereka penyelesaian yang cepat, mudah diakses dan, berkesan berlandaskan prinsip Islam dan penyelidikan barat.
Visi
Misi
Pengasas MySakinah

Zafrul Noordin
Founder & CEO
