7 Jenis Cinta yang Patut Diketahui

Tahukah anda bahawa di dalam dunia ini terdapat beberapa jenis cinta?

Menurut kajian barat, Robert Stenberg, cinta boleh wujud bukan sahaja untuk pasangan malah untuk sahabat dan juga ahli keluarga. Malah cinta juga boleh wujud untuk orang asing. 

Namun ada beberapa jenis cinta yang sesuai untuk orang yang berbeza. Ada cinta jenis intimacy, ada juga jenis romantic love dan beberapa jenis lagi cinta.

Jika anda nak tahu lebih lanjut tentang jenis-jenis cinta ini pastikan anda membaca artikel ini sehingga habis. 

Di dalam artikel ini kami akan kongsikan apakah tiga komponen utama dalam cinta dan 7 jenis cinta yang diperkenalkan oleh Robert Stenberg.

7 jenis cinta 

Menurut teori Stenberg, ada 3 komponen utama dalam pecintaan dan ada 7 jenis cinta yang perlu kita semua tahu. 

Tiga komponen utama percintaan tersebut adalah keghairahan, keintiman dan komitmen. Setiap perhubungan cinta perlu ada tiga komponen ini barulah cinta tersebut lengkap dan merupakan cinta sebenar. Sekiranya kurang satu daripada komponen cinta ini, Stenberg mengatakan bahawa perasaan itu bukanlah rasa cinta yang sebenar.

7 jenis cinta ini adalah hasil daripada gabungan satu atau lebih komponen cinta diatas. Walaubagaimanapun 7 jenis cinta ini boleh berubah-ubah mengikut masa dan situasi semasa pasangan tersebut. 

Untuk melangkah ke alam perkahwinan, setiap pasangan haruslah mencapai Consummate Love (cinta yang sempurna) kerana Consummate Love merangkumi ketiga-tiga komponen cinta; keghairahan, keintiman dan komitmen.

Keghairahan membawa maksud rasa ghairah dan rasa tertarik untuk berhubungan seksual diantara pasangan manakala keintiman disini bermaksud rasa kebersamaan serta ikatan dua hati dan tidak merujuk sama sekali kepada hubungan seksual.

1. Intimacy (liking- intimacy alone)/ Keintiman (Suka dan keintiman sahaja)

Perhubungan cinta jenis intimacy ini hanyalah melibatkan dua komponen cinta iaitu suka dan keintiman sahaja. Keghairahan tidak wujud dalam perhubungan jenis ini. 

Hubungan cinta jenis ini lebih kuat daripada hubungan persahabatan biasa.

Hubungan jenis ini juga selalunya muncul dalam hubungan kekeluargaan. Jarang-jarang pasangan yang mempunyai rasa cinta jenis ini membawa kepada perkahwinan kerana kekurangan dua komponen utama iaitu komitmen dan keghairahan.

2. Companionate love (intimacy and commitment)

Jenis cinta yang kedua adalah Companionate Love dimana cinta jenis ini mempunyai dua komponan iaitu keintiman dan komitmen. 

Pada kebiasaannya, hubungan perkahwinan jenis ini wujud dan bertahan hanya kerana tanggungjawab dan komitmen namun tiada keghairahan antara pasangan yang mendorong kepada hubungan seksual.

Hubungan cinta jenis ini juga biasanya hadir dalam hubungan rakan baik tidak kira jantina samada sesama perempuan, sesama lelaki atau berlainan jantina. Di dalam perhubungan jenis ini bermaksud anda rasa selamat untuk berkongsi rahsia dengan pasangan anda. 

Anda juga ada merasakan komitmen terhadap pasangan (rakan baik) anda dengan cara mengambil berat dan mengambil tahu kisah-kisah mereka.

3. Commitment love (commitment alone- empty love)

Jenis cinta yang ketiga ini adalah jenis Commitment Love dimana hanya satu perkara sahaja yang membuatkan hubungan mereka bertahan iaitu komitmen.

Pada kebiasaannya, jenis cinta yang ini wujud dalam pasangan yang sudah kehilangan rasa percaya dan rasa cinta dalam perkahwinan mereka. Mungkin atas asbab pernah dicurangi maka rasa intim dan ghairah lenyap dalam perhubungan mereka. 

Walaupun pada dasarnya mereka tidak bercerai namun tiada keindahan di dalam perkahwinan mereka kerana mereka meneruskan perkahwinan semata-mata hanya kerana komitmen. Biasanya pasangan jenis ini meneruskan perkahwinan mereka kerana ingin menunaikan tanggungjawab kepada anak-anak mereka.

4. Fatuous love (commitment + passion)

Fatuous Love atau kita boleh kata mabuk cinta merupakan jenis cinta yang melibatkan komitmen dan keghairahan.

Di dalam perhubungan jenis ini, anda sanggup lakukan apa sahaja demi mendapatkan dan memiliki cinta tersebut. Anda sudah dibutakan dengan perasaan ghairah sehingga anda mengenepikan kepentingan kesesuaian dan keserasian antara anda berdua.

Anda sudah tidak peduli lagi kesesuaian atau keserasian antara anda berdua asalkan anda berdua dapat bersama-sama. Inilah yang kita panggil mabuk cinta.

5. Infatuate (Passion alone)

Anda pernah dengar perkataan gila bayang?

Gila bayang atau Infatuate Love adalah jenis cinta yang penuh dengan keghairahan namun tiada keintiman apatah lagi komitmen.

Gila bayang ni apabila anda sering berimaginasi untuk mendapatkan dan memiliki sesorang namun perasaan dan imaginasi tersebut tidak diiringi rasa ghairah mahupun komitmen.

Sebagai contoh, anda mempunyai seseorang yang anda suka sangat-sangat tetapi orang itu tak tahu pun. Anda tergila-gilakan dia seorang diri namun anda tidak rasa ghairah atau rasa tanggungjawab. Anda hanya mahu bersama-sama di samping si dia. Begitulah jenis cinta Infatuate.

6. Romantic love (passion +Intimacy)

Romantic Love ni macam seronok sahaja bunyinya kan.

Romantic love ini melibatkan komponen cinta keghairahan dan keintiman tetapi tidak mahu komitmen.

Anda rasa-rasa pasangan bagaimana yang cenderung ada perasaan begini?

Ya, pasangan yang curang!

Sebagai contoh,jika suami anda curang dengan anda dan ada hubungan dengan wanita lain. Apa yang suami anda mahukan hanyalah keseronokan dan bukannya komitmen serta tanggungjawab. Sekiranya dia bersedia menanggung komitmen pastinya dia sudah berkahwin dengan wanita tersebut. Hal ini kerana dia tahu bahawa sebuah perkahwinan menuntut banyak sangat komitmen dan tanggungjawab 

7. Consummate love (intimacy + passion + commitment)

Jenis cinta yang terakhir dan yang paling ideal untuk sesebuah perkahwinan adalah Consummate Love yang mempunyai ketiga-tiga komponen cinta iaitu keghairahan, keintiman dan komitmen.

Sekiranya anda dan pasangan mempunyai ketiga-tiga komponen ini, insyaAllah ikatan perkahwinan anda mampu bertahan dan sentiasa bahagia.

Apabila anda dan pasangan ada keintiman, keserasian mudah dicapai dan perhubungan anda akan menjadi lebih harmoni. Ditambah pula dengan rasa ghairah antara pasangan dapat menguatkan lagi perhubungan anda suami isteri. Apabila kedua-dua elemen ini lengkap dan ditambah pula dengan kesediaan anda dan pasangan untuk menerima komitmen dan tanggungjawab, akan terhasillah rasa cinta yang sempurna serta ideal.

Kesimpulan

Kesimpulannya, rasa cinta boleh hadir kepada mana-mana individu tidak kira status hubungan samada kawan, saudara mara, ahli keluarga malah kepada orang asing. Namun untuk mendapatkan jenis cinta yang sempurna tidak mudah. Anda perlu bertemu dengan orang yang tepat dan mempunyai ketiga-tiga komponen cinta iaitu keghairahan, keintiman dan komitmen barulah cinta sempurna akan muncul.

Pentingnya untuk anda mengetahui berkenaan komponen cinta dan jenis cinta ini supaya anda dapat mengenalpasti di mana tahap cinta anda bersama pasangan anda. 

Sekiranya perhubungan anda kurang komponen keghairahan, anda boleh usahakan dengan pasangan untuk membangkitkan semula rasa ghairah itu agar perhubungan anda menjadi cinta yang sempurna semula. 

Saya yakin dan percaya setiap perkahwinan dimulakan dengan cinta yang sempurna namun seiring waktu sedikit demi sedikit ada komponen yang mula menghilang dalam perhubungan anda. Menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan ianya mekar semula. 

Sekiranya anda memerlukan nasihat serta bantuan tentang hubungan anda bersama pasangan, anda boleh menghubungi team MySakinah untuk sesi konsultasi.

Ditulis oleh: Nor Azwa Norazmi

Saya 100% nak selamatkan perkahwinan saya.

Program pemulihan rumah tangga yang lebih harmoni dan tenang dengan menggunakan gabungan terbukti secara saintifik dan psikologi islam.

Luahan Sakinah

Bersama Ustaz di Masjid

Free

Kelebihan

Percuma untuk sesi 30 min

Asatizah terlatih

Isnin – Jumaat, 8:00am – 5:00pm

Walk-in di Masjid tertentu sahaja

Terapi Sakinah

Bersama terapis online

RM

99

KELEBIHAN

Berbayar untuk sesi 45 min

Pakar perkahwinan

Setiap hari dari 10:00am hingga 10:00pm

Secara online melalui Whatsapp

Artikel lain

Open chat
Masih bergaduh? atau menuju penceraian?
MySakinah
Assalamua'laikum 👋
Perkahwinan masih dalam fasa dingin/bergaduh atau dah menuju perceraian? Sebab kami ada program berbeza mengikut situasi anda. Kami sedia membantu. Chat dengan kami segera.