Curang itu Pilihan, Ketahui 7 ciri-ciri pasangan ketagih curang

Curang itu pilihan, Setia itu mahal

Itulah yang sering netizen tujukan kepada pelakon kelahiran Singapura mengenai isunya ditangkap khalwat sebelum Ramadhan 2024 baru-baru ini. 

Tiada siapa yang nak dikhianati oleh orang yang paling dipercayai dan disayangi. Ramai yang menyuruh Bella untuk meninggalkan suaminya kerana perkara telah berlaku berulang kali. Namun apabila terkena pada batang hidung sendiri, rasa buntu dan banyak persoalan bermain difikiran:

“Adakah perkara ini akan berulang kembali atau tidak?”

“Berbaloi ke?”

Risau jika perkara yang sama berulang lagi ibarat pisang berbuah dua kali.

Jangan risau..! Saya yakin selepas anda baca sampai habis, anda dapat:

  1. Kenal pasti sama ada curang berkemungkinan berlaku lagi atau tidak
  2. Mengetahui perbezaan antara:
    • curang kerana masalah rumah tangga yang sedia ada 
    • compulsive cheating disorder (serial cheater) atau nama lain adalah ketagih curang.

7 Ciri Ketagihan Curang

Terdapat 7 ciri utama seseorang yang berkemungkinan ketagih curang. Sila baca dengan teliti setiap point tersebut:

  1. Cepat Bosan
    • Mereka yang ketagih curang ini senang jatuh cinta dengan fantasi. 
    • Mereka suka perasaan mengejar atau cuba mendapatkan seseorang daripada bersama dengan seseorang. 
    • Apabila mereka merasakan yang mereka sudah berjaya berada dalam hubungan dengan orang tersebut, Sejurus mereka mula bercinta atau berjaya dapatkan individu tersebut, – mereka mula hilang minat dan komitmen.
  1. Senang terpegun atau jatuh cinta
    • Ketagih curang ni sangat sebati dengan perangai senang jatuh cinta (impulsiviti). 
    • Oleh itu mereka cenderung mencari keseronokan segera (instant gratification) supaya mereka cepat rasa keseronakan atau kepuasan tersebut dan tidak menghiraukan kesan dan akibat daripada tindakan mereka. 
    • Sama ada sedar atau tidak mereka lebih memilih untuk mengorbankan kebahagiaan jangka panjang untuk seronokkan jangka pendek. 
    • Mungkin bagi mereka, untuk terikat dengan satu hubungan adalah leceh dan “banyak kerja” lebih-lebih lagi jika rumah tangga dalam keadaan krisis. 
  2. Takut akan kesunyian
    • Walaupun perbuatan mereka mengundang untuk ditinggalkan oleh pasangan, mereka yang ketagih curang susah menerima ditinggalkan pasangan mereka dan perasaan sunyi. Ketakutan ini menyebabkan mereka mencari kebahagian dan keseronokan di luar (external validation). 
    • Mereka ingin jaminan berterusan bahawa mereka itu diingini, dicintai dan istimewa. Ramai di kalangan ketagih curang ni, ada “back up plan” jika pasangan mereka sekarang ini meninggalkan mereka atau hubungan dalam keadaan krisis.
  3. Pandai mencari peluang (opportunist)
    • Mereka yang ketagih curang ini mempunyai rasa “takut ketinggalan” (Fear of missing out- FOMO) apabila berkait rapat dengan hubungan seks, dating percintaan. Mereka sukar untuk menerima apa yang sedang berlaku pada masa sekarang. Akibatnya mereka sentiasa mencari sumber baru yang sentiasa membuat mereka excited dan terima diri mereka. 
    • Sesetengah dari mereka berfikiran bahawa orang yang tepat dapat mengubah diri mereka menjadi lebih baik, sedangkan perubahan bermula dari diri mereka dahulu. 
  4. Terlebih mesra dan ramah dengan orang lain
    • Mereka yang ketagih curang sering kali kelihatan berperwatakan menarik dan ramah dengan orang lain. 
    • Dengan cara ini mereka dapat perhatian dan mengenali orang lain pada masa yang sama mencari bakal “pasangan” baru. 
    • Jika pasangan mereka menyuarakan tindakan mereka, mereka akan menidakkan dan hanya mengatakan “sekadar kawan”; 
    • dan mungkin gaslight anda dengan mengata:

“anda kuat jealous” atau 

“selalu fikir yang bukan-bukan dan negatif”.

  1. Tidak menunjukkan rasa bersalah yang sebenar.
    • Mereka yang ketagih curang ni, akan memohon maaf ketika perbuatan mereka diketahui orang. 
    • Namun permohonan maaf dan rasa serba salah ini mungkin kelihatan seperti terpaksa dan bukannya dari sudut hati yang ikhlas. 
    • Sebagai contoh, mereka memohon maaf, namun pada masa yang sama menyalahkan anda dan meletakkan tanggungjawab yang berlaku di atas bahu anda: 

“Ye saya tahu saya salah, tapi awak bukan selalu ada dekat rumah pun”

  1. Kerap memungkiri janji
    • Bila dah kantoi, mereka yang ketagih curang ini, akan bersungguh menjanjikan dan menyakinkan anda bahawa mereka akan berubah. 
    • Mereka berjanji untuk berhenti dan bersumpah untuk setia dengan anda. 
    • Pada awalnya mereka akan berusaha bersungguh-sungguh menyakinkan pada anda bahawa mereka dah berubah. 
    • Namun apabila anda yakin dengan mereka, mereka akan mula kembali pada perangai lama. 
    • Perkara ini kerap berulang sehingga anda sudah lali dan faham corak permainan mereka yang ketagih curang.

TETAPI…..

Anda perlu tahu bezakan antara:

  1. Curang kerana masalah sedia ada atau
  2. Ketagih curang. 

Mereka yang ketagih curang ni, atau nama lain adalah compulsive cheating disorder atau serial cheating adalah merujuk kepada perbuatan curang berkali-kali (chronic infidelity) walaupun mereka tahu akibat dan kesan daripada tindakan mereka. 

Mereka yang mempunyai masalah curang berkali-kali ini jelas mempunyai isu atau masalah yang lebih mendalam dan perlu segera mendapatkan bantuan profesional. 

Curang itu pilihan namun ia juga adalah simptom kepada masalah rumah tangga sedia ada. 

Mungkin anda rasa keliru kenapa curang adalah simptom masalah rumah tangga. Bagi anda, sesiapa yang melakukan perbuatan curang, individu tersebut lah yang bermasalah sebenarnya dan bukan pasangannya. 

Setuju?

Analoginya seperti covid, simptom kepada covid adalah:

  • demam panas, 
  • batuk,
  • selesa, 
  • tekak rasa sakit 
  • dan sebagainya.

Tetapi, punca sebenar covid adalah virus SARS-COV-2. 

Sama seperti rumah tangga yang dah berlaku curang. Curang adalah simptom kepada masalah sedia ada dalam rumah tangga, dan puncanya unik berdasarkan rumah tangga tersebut. 

Kebiasaanya sebelum curang berlaku, rumah tangga telah pun berada dalam krisis.

Antara punca utama rumah tangga berada dalam krisis antaranya adalah:

  • Perkahwinan tanpa hubungan intim
  • Kekurangan tenaga maskulin (sifat qawwam) pada suami dan kekurangan tenaga feminin (sifat kewanitaan) pada isteri
  • Peranan tanggungjawab terbalik antara lelaki dan wanita
  • Trauma semasa kanak-kanak.

Curang merupakan satu pilihan antara beribu pilihan lain.

Jika rumah tangga tidak bahagia, bukanlah menjadi tiket untuk curang. 

Daripada curang dan terus menyakiti serta mengkhianati pasangan anda secara senyap-senyap lebih baik dapatkan bantuan profesional rumah tangga. 

Jika anda memerlukan

bantuan untuk mendapatkan nasihat

Jika anda merasakan bahawa anda didalam kategori curang merupakan simptom kepada masalah sedia ada, ada 4 perkara yang perlu anda lakukan.

Setelah anda mengenal pasti ciri-ciri pasangan ketagih curang, anda mungkin akan lebih berhati-hati dalam memberi peluang kepada pasangan anda.Tidak semua orang layak mendapat peluang kedua terutama orang yang berkali-kali telah menghancurkan kepercayaan anda.

Sebelum anda membuat keputusan sama ada ingin memberi peluang kedua atau tidak, anda perlu tahu kos mental dan emosi yang perlu anda “bayar”. Klik link sini jika anda ingin mengetahui lebih lanjut.

Walaupun anda bersetuju bahawa curang itu pilihan, anda mungkin tidak sedar bahawa anda juga mempunyai PILIHAN sama ada untuk kekal bersama atau tinggalkan pasangan anda. 

Berhenti meletakkan kebahagian anda pada tangan orang lain kerana anda juga mempunyai pilihan untuk kebahagian anda. Jadi apa pilihan anda? 

Saya 100% nak selamatkan perkahwinan saya.

Program pemulihan rumah tangga yang lebih harmoni dan tenang dengan menggunakan gabungan terbukti secara saintifik dan psikologi islam.

Luahan Sakinah

Bersama Ustaz di Masjid

Free

Kelebihan

Percuma untuk sesi 30 min

Asatizah terlatih

Isnin – Jumaat, 8:00am – 5:00pm

Walk-in di Masjid tertentu sahaja

Terapi Sakinah

Bersama terapis online

RM

99

KELEBIHAN

Berbayar untuk sesi 45 min

Pakar perkahwinan

Setiap hari dari 10:00am hingga 10:00pm

Secara online melalui Whatsapp

Artikel lain

Open chat
Masih bergaduh? atau menuju penceraian?
MySakinah
Assalamua'laikum 👋
Perkahwinan masih dalam fasa dingin/bergaduh atau dah menuju perceraian? Sebab kami ada program berbeza mengikut situasi anda. Kami sedia membantu. Chat dengan kami segera.