"Untuk memulihkan dan mengukuhkan 1 juta perkahwinan, kita perlu memupuk kasih sayang dan ketahanan rumah tangga agar masyarakat menjadi lebih harmoni."

Tentang MySakinah

MySakinah ditubuhkan berlandaskan dari pengalaman pengasasnya, iaitu Encik Zafrul. Beliau menghadapi masalah rumah tangga dimana ia berakhir dengan penceraian. Penceraian tersebut mengakibatkan Encik Zafrul berada dalam keadaan tidak berdaya untuk melakukan apa-apa dalam kehidupan dan perkahwinan sehingga memberi kesan kepada kesihatan mental, fizikal dan kerjaya beliau.
Ketika di dalam konflik tersebut, beliau telah cuba pelbagai cara untuk menyelamatkan rumah tangganya dengan menghadiri terapi dan kaunseling. Namun, beliau menyedari bahawa penyelesaian tersebut mengambil masa yang sangat lama dan berpanjangan untuk memberi kesan dalam rumah tangga. Bahkan bantuan yang diberikan tidak berfungsi dan memerlukan kos yang banyak.
Berdasarkan pengalaman pahit yang dilalui ketika cuba untuk mendapatkan bantuan menyelamatkan rumah tangga, Encik Zafrul mengambil inisiatif untuk membangunkan sebuah platform bimbingan perkahwinan. Platform ini bertujuan membantu pasangan yang sedang menghadapi krisis perkahwinan dengan memberikan mereka penyelesaian yang cepat, mudah diakses dan, berkesan berlandaskan prinsip Islam dan penyelidikan barat.

Visi

Mewujudkan persekitaran yang mesra dan mudah untuk setiap pasangan mengakses ilmu rumah tangga untuk menambah baik hubungan mereka dan diri sendiri agar dapat menjalani kehidupan dunia dan akhirat dengan lebih baik.

Misi

Membangunkan generasi masa kini untuk menjadi yang terbaik dan mengubah generasi yang akan datang menjadi masyarakat yang penuh dengan kasih sayang dan belas kasihan.

Pengasas MySakinah

Zafrul Noordin

Founder & CEO

Seorang usahawan berpengalaman dalam industri Startup. Encik Zafrul merupakan salah seorang rakyat Malaysia yang mendalami ilmu perniagaan dan startup di Silicon Valley. Sejak 10 tahun yang lalu, beliau berusaha untuk menerapkan gaya hidup Muslim dalam keusahawanan.

Dato’ Ally Azwin

Lead Investor & Chairman

Seorang “Angel Investor” yang sah. Dato Ally mempunyai pengalaman lebih dari 20 tahun dalam pelaburan melibatkan dari pelbagai sektor. Beliau juga memahami tentang kesusahan perceraian yang melibatkan peguam sivil dan Syariah.

Tim MySakinah

Nisa Alwi

Unit Pemasaran
 

Ainal Ismail

Penulis Modul & Program Koordinator

Yusra Noor

Pembantu Penyelidik & Penulis Konten

Fahmi Fauzi

Pembantu Penyelidik & Penulis Modul

Riz Ainuddin

Pengurus Reka Bentuk Produk

Putra Iskandar

Hubungan Industri & Kerjasama Strategik
Open chat
Masih bergaduh? atau menuju penceraian?
MySakinah
Assalamua'laikum 👋
Perkahwinan masih dalam fasa dingin/bergaduh atau dah menuju perceraian? Sebab kami ada program berbeza mengikut situasi anda. Kami sedia membantu. Chat dengan kami segera.