Ketidaksefahaman dalam Perkahwinan, Apa Langkah Seterusnya?

Sepertimana firman Allah SWT dalam surah Al-Rum, ayat 21;

Maksudnya: “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”

Namun, kehidupan berumah tangga tidaklah sentiasa semanis gula. Dalam proses untuk mencapai tujuan utama berkahwin, sudah pasti ada masa-masanya ujian datang menyapa.

Ujian-ujian tersebut adakalanya boleh menyebabkan pasangan bermasam muka satu sama lain. Bahkan, ia boleh menyebabkan sehingga isteri meminta cerai kerana tiada persefahaman atau, sebaliknya.

Apabila wujudnya ketidaksefahaman, kita pro untuk mencari jalan keluar dengan segera akibat tidak tahan dengan tekanan dan sebagainya. Dan pada ketika itu, dalam fikiran kita, mengakhirkan segalanya (perceraian) adalah salah satu jalan yang paling jelas.

Walhal perceraian bukanlah satu-satunya jaminan untuk kebahagiaan yang kita tercari-cari. Berdasarkan penulis buku Divorce Buster, tak semua orang yang bercerai itu akhirnya akan merasa gembira. Bahkan ada juga individu yang timbul rasa menyesal setelah bercerai.

Oleh itu, sekiranya berlaku ketidaksefahaman di antara anda dan pasangan, jangan terburu-buru untuk bercerai. Ia bukanlah satu-satunya solusi yang ada.

Masalah yang dihadapi kekal sama

Ketika sedang dilanda konflik rumahtangga, kita cenderung berfikir dengan bercerai semua permasalahan yang berlaku akan selesai.

Tetapi, ketahuilah tuan dan puan, hakikatnya, tidak semua perceraian itu menjadi solusi kepada masalah yang kalian hadapi. Bahkan, masalah yang ada malah bertambah dan masalah yang sedai ada tetap kekal sama.

Sebagai contoh, ketidaksefahaman berlaku disebabkan oleh masalah kewangan. Duit tak cukup, suami gaji tak seberapa, nak beli itu ini terpaksa tahan-tahan, akhirnya bercerai sebab tak tahan hidup susah.

Walhal, selepas bercerai kelak, kehidupan malah bertambah susah. Duit lagilah tak cukup sebab masing-masing kena bawa diri tanpa sokongan satu sama lain. Ditambah pula dengan masalah anak-anak.

Tanggungjawab untuk berubah

Selagi mana kita tidak cuba berusaha untuk mencari punca permasalahan yang berlaku dan cuba memperbaikinya, selagi itulah masalah yang sama akan terus berulang walaupun dalam perkahwinan seterusnya.

Akan terjadi lagi situasi-situasi dimana isteri meminta cerai atau suami menjatuhkan talak kerana kerana tiada persefahaman. Nauzubillah.

Oleh itu, pentingnya anda sentiasa mencari ilmu-ilmu baru mengenai rumah tangga dan mendapatkan bantuan daripada pakar dan agar masalah yang datang dapat ditangani dengan baik.

Luangkan masa untuk sertai program-program yang boleh membantu membaiki hubungan anda suami isteri seperti Program Marriage Revival, dan pelbagai lagi program menarik untuk pasangan diluar sana.

Sebagai pasangan yang mahukan perkahwinan kekal sehingga hujung hayat, kita perlu mempunyai rasa tanggungjawab untuk berubah dan mengambil tindakan untuk melakukan perubahan demi kesejahteraan rumah tangga.

Langkah langkah yang patut diambil apabila tiada persefahaman dalam perkahwinan

1. Menyemat hasrat untuk berubah

Kadang kala kita tak sedar, masalah itu sebenarnya datang daripada diri kita sendiri. Contohnya, masalah sikap.

Sikap panas baran, sikap sambil lewa terhadap pasangan dan sikap-sikap negatif lain yang boleh mengeruhkan rumah tangga.

Memperbaiki diri adalah salah satu usaha yang paling penting sekiranya anda ingin memperbaiki perkahwinan anda. Sematkan hasrat untuk berubah dan berusahalah untuk tinggalkan sifat-sifat negatif yang ada didalam diri.

Sekiranya ada masalah, jangan putus asa atau lari daripada masalah. Perbuatan lari daripada masalah ini boleh menyebabkan pasangan tawar hati kerana tidak melihat usaha anda dalam menyelesaikan masalah.

Sebaiknya, ajak pasangan untuk berbincang menyelesaikan perselisihan faham yang terjadi dengan sebaik mungkin dan bersama-sama memperbaiki kelemahan diri.

2. Cari bantuan

Jika anda buntu atau tidak tahu apalagi cara yang boleh dilakukan untuk menyelamatkan rumah tangga anda, cuba dapatkan bantuan.

Anda boleh dapatkan bantuan melalui khidmat yang ditawarkan oleh sektor kerajaan (seperti LPPKN, JAIS) mahupun sektor swasta. Kedua-duanya mempunyai pro dan kontra tersendiri.

Contohnya, sekiranya anda bercadang untuk mendapatkan bantuan dan khidmat nasihat daripada sektor kerajaan, pastikan anda mampu untuk menunggu giliran dan bersabar dengan segala prosedur yang mungkin agak memakan makan sedikit. Kebaikannya pula, anda tidak perlu keluarkan kos yang begitu banyak.

Manakala, untuk sektor swasta pula, anda perlu bergantung pada bajet anda. Sekiranya bajet anda tidak mencukupi, kemungkinan besar anda tidak akan mendapatkan bantuan yang anda perlukan secara maksima.

Pilihan lain yang anda boleh cuba ialah melalui program coaching MySakinah.

Program ini terbukti tidak memakan masa sehingga setahun pun untuk melihat kesan dan ia boleh dilakukan dimana mana. Untuk kos pula, anda boleh berbincang dengan pihak MySakinah.

Apa yang menariknya, program ini menggunakan pendekatan yang lembut dan tidak memaksa anda untuk menceritakan masalah peribadi yang anda hadapi secara mendalam.

Melalui program coaching ini, anda akan belajar cara menangani masalah rumah tangga serta banyak aktiviti refleksi sebagai usaha memperbaiki diri dan pasangan. Memang menarik sangat. Cubalah ya.

3. Mindset yang sihat

Segala permasalahan yang berlaku di dalam rumah tangga bukanlah disebabkan oleh salah satu pihak sahaja. Sedarilah bahawa, anda dan pasangan masing-masing menyumbang kepada masalah yang berlaku.

Oleh itu, masing-masing perlu fokus memperbaiki diri sendiri tanpa cuba menyalahkan satu sama lain.

Ingat, jangan cuba untuk memperbaiki diri pasangan anda, kerana anda tidak akan mampu mengubah orang lain.

Bermulalah daripada diri anda sendiri, ubahlah cara berfikir dan cara bertindak anda. Latih minda anda untuk berfikir secara positif agar menarik aura yang positif. Mindset yang sihat akan mampu mengimbangi diantara emosi dan realiti.

4. Practiskan apa yang dipelajari

Ilmu tanpa amal tiadalah gunanya. Selepas anda mempelajari sesuatu yang berguna untuk rumah tangga anda, amalkanlah apa yang anda telah pelajari.

Hal ini adalah sangat penting bagi membantu anda meningkatkan kualiti diri dan memperbaiki kelemahan diri.

Mengaplikasikan ilmu adalah perkara yang terpenting selepas mempelajarinya. Ilmu yang anda ‘kutip’ semasa sesi coaching, program-program ilmu dan sebagainya haruslah diamalkan bukan diabaikan.

Gunakan ilmu yang anda pelajari sebagai alat untuk membantu memperbaiki lagi hubungan anda suami isteri.
Jangan give up dengan Allah dan diri sendiri
Walaubagaimanapun, sekiranya anda berada dalam situasi yang tidak memungkinkan anda untuk menyelamatkan perkahwinan anda setelah bermacam-macam usaha dilakukan, jangan bersedih.

Ingat, jangan pernah berputus asa dengan Allah dan diri sendiri. Sebaik mana perancangan kita, ketahuilah perancangan Allah sudah pasti jauh lebih baik dan sempurna.

Setelah berusaha, apa sahaja hasil yang terjadi, sudah pasti ada hikmahnya yang baik, selagi anda berusaha memberi yang terbaik.

Sekiranya ditakdirkan bercerai, ingatlah bahawa bercerai bukanlah bermakna ia pengakhiran hidup anda.

Ia boleh jadi permulaan kepada sesuatu yang lebih baik. Bak kata pepatah; sunsets are proof that endings can often be beautiful too.

Anda boleh rujuk artikel ini: Melepaskan bukan satu kesalahan

Di tulis oleh: Nasra

Saya 100% nak selamatkan perkahwinan saya.

Program pemulihan rumah tangga yang lebih harmoni dan tenang dengan menggunakan gabungan terbukti secara saintifik dan psikologi islam.

Luahan Sakinah

Bersama Ustaz di Masjid

Free

Kelebihan

Percuma untuk sesi 30 min

Asatizah terlatih

Isnin – Jumaat, 8:00am – 5:00pm

Walk-in di Masjid tertentu sahaja

Terapi Sakinah

Bersama terapis online

RM

99

KELEBIHAN

Berbayar untuk sesi 45 min

Pakar perkahwinan

Setiap hari dari 10:00am hingga 10:00pm

Secara online melalui Whatsapp

Artikel lain

Open chat
Masih bergaduh? atau menuju penceraian?
MySakinah
Assalamua'laikum 👋
Perkahwinan masih dalam fasa dingin/bergaduh atau dah menuju perceraian? Sebab kami ada program berbeza mengikut situasi anda. Kami sedia membantu. Chat dengan kami segera.