Melepaskan bukan satu kesalahan

Melepaskan bukanlah perkara yang mudah. Apatah lagi jika yang dilepaskan itu adalah orang yang paling kita sayang.

Bayangkan, kita impikan memiliki zuriat bersama, berhajat dapat meniti hari tua dengannya, malah bersamanya juga kita pasang niat untuk kekal berkasih sayang hingga ke syurga. Tapi apakan daya, ‘Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.’  Mampukah kita hadapinya?

Setiap yang berpasangan itu pastinya inginkan pengakhiran yang baik. Seperti yang kita rancangkan dari mula kenal hingga bina hidup bersama. Tapi, ada juga pasangan yang diuji dengan sesuatu yang amat berat untuk diterima. Bercerai. Ya! Bercerai, itulah dugaan terbesar dalam rumahtangga.

Jika berhadapan dengan situasi serupa, ingatlah hujan di tengah hari bukanlah sesuatu yang buruk kerana sifat hujan itu sendiri membersihkan. Diuji untuk melepaskan seseorang yang kita sayang bukanlah satu pengakhiran buat segala-galanya.

Ada orang seolah mendapat kehidupan baru selepas berpisah. Rasa lebih bahagia dan mencapai tahap ketenangan yang jauh lebih baik dari sebelumnya. Apa yang pasti, hati kena betul-betul reda dan terima takdir dengan hati terbuka. Bukankah ujian Allah itu mengikut kemampuan kita?

Sebagaimana firman Allah swt menerusi surah al- Baqarah ayat 286 yang bermaksud ‘Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.’

Semestinya menerima kehilangan itu bukanlah sesuatu yang mudah. Namun, jika kita menyerahkan segala pengharapan dan hidup ini dalam aturan Allah, insya Allah kita mampu mengharungi segala ujian ini dengan hati yang tenang. Walau bagaimanapun, dalam pada menerima ujian itu, ada beberapa perkara yang boleh dilakukan dalam menerima setiap kehilangan itu agar ianya tidak menyeksakan. 

Beri penghormatan bermaksud kita meluahkan dengan cara tersendiri. Luahkan apa yang dirindui tentangnya, luahkan tentang kenangan yang telah dilalui bersama atau apa sahaja yang berkaitan dengan diri pasangan. Dengan lepaskan semuanya di kertas, sedikit demi sedikit kesedihan dan kekecewaan akan pudar.

Luahan paling agung adalah luahan hamba buat Penciptanya. Luahkan pada Allah. Menangis, merintih dan mengadulah pada Dia. Sesungguhnya Dia Maha Pengasih lagi Maha Mengetahui. Anda juga boleh mendapatkan bantuan daripada kaunseling keluarga Malaysia.

Beri penghormatan atau pay tribute. ​

Beri penghormatan bermaksud kita meluahkan dengan cara tersendiri. Luahkan apa yang dirindui tentangnya, luahkan tentang kenangan yang telah dilalui bersama atau apa sahaja yang berkaitan dengan diri pasangan. Dengan lepaskan semuanya di kertas, sedikit demi sedikit kesedihan dan kekecewaan akan pudar.

Luahan paling agung adalah luahan hamba buat Penciptanya. Luahkan pada Allah. Menangis, merintih dan mengadulah pada Dia. Sesungguhnya Dia Maha Pengasih lagi Maha Mengetahui.

Tidak mengapa, menangislah!​

Kita sendiri merasai bagaimana kondisi emosi diri. Maka, jangan pernah dinafikan perasaan sedih yang hadir saat kita kehilangan orang tersayang. Itu lumrahnya. Malah dari segi psikologi, menangis mampu menghilangkan tekanan serta mengeluarkan kita dari kesedihan. 

Manakala dari segi fisiologi, apabila manusia bersedih kerana kekecewaan, badan akan menjadi bertoksik. Dan segala toksik itu boleh dikeluarkan dengan menangis. Air mata akan melegakan serta mengurangkan bebanan.

Bayangkan jika tangisan itu ditahan, dada akan terasa berat dan menyebabkan tekak terasa sakit. Andai berterusan ditahan kesedihan dan tidak dilepaskan, ia akan membarah dan terus terbuku dalam hati hingga mengundang penyakit lain pula.

Harus difahami, emosi yang terkandung dalam diri kita segalanya datang dari Allah. Begitu juga perasaan sedih. Jadi menangislah! Ia sebagaimana firman Allah menerusi surah Najm ayat 43 yang bermaksud;

“Dan sesungguhnya, Dialah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis.”

Fokus apa yang kita mahu

Selain menangis, salah satu sebab lain yang boleh menenangkan kita dalam menghadapi kehilangan adalah fokus pada keperluan diri. Bukannya melihat apa yang orang lain mahukan. Mungkin selama ini kita bertahan dan pura-pura kuat kerana risau apa orang lain anggap nanti. Itu tidak betul.

Jadi, selepas mengambil keputusan untuk melepaskan atau bercerai, fokuslah pada kehidupan selepas itu dan pandang ke hadapan tanpa toleh ke belakang. Setelah jelas dengan apa yang ingin dilakukan, Insya Allah segalanya akan berjalan lebih lancar dan dipermudahkan.

Tanya diri sendiri sehingga berpuas hati

Sebelum meminta pendapat pada orang lain, pastikan kita sudah ada jawapan terbaik menurut pandangan peribadi. Gali dan tanya diri sendiri hingga kita berpuas hati dengan keputusan yang diambil. Ianya perlu agar tiada ragu-ragu dan penyesalan selepas keputusan dibuat. 

Bila segalanya sudah jelas, jalan di hadapan juga akan terbentang luas. Tiada lagi kekusutan dan tekanan yang melanda sepanjang tempoh pemulihan. Setiap yang dilakukan hanya demi kehidupan yang lebih baik. 

Begitulah kehidupan, bahagia atau derita itu pilihan kita. Apabila hadirnya kedukaan dan kita menerimanya dengan penuh tawaduk dan rasa cinta pada Allah yang Maha mengatur, bahagia akan pasti milik kita. Ingat! Allah berikan panas terik, rupanya ada teduh menanti. Allah juga berikan hujan dan petir, rupanya ada pelangi sebagai ganti. Bersangka baiklah kepada Allah dengan setiap takdir yang diaturNya.

Di tulis oleh: Noni Wahab

Open chat
Masih bergaduh? atau menuju penceraian?
MySakinah
Assalamua'laikum 👋
Perkahwinan masih dalam fasa dingin/bergaduh atau dah menuju perceraian? Sebab kami ada program berbeza mengikut situasi anda. Kami sedia membantu. Chat dengan kami segera.