Seperti yang kita sedia maklum, suasana raya selalunya penuh dengan kegembiraan. Namun, bagi pasangan yang sedang mengalami masalah dalam hubungan mereka, suasana ini mungkin tidak dapat mereka nikmati sepenuhnya.
Oleh itu, sangat penting untuk anda reset expectation yang realistik dalam menghadapi musim perayaan sewaktu menempuh krisis bersama pasangan.
Dalam situasi ini, anda perlu menyedari bahawa rutin bersama pasangan sewaktu menyambut raya mungkin tidak lagi berlaku seperti fasa perkahwinan normal bahkan suasananya mungkin berubah lebih teruk daripada apa yang anda jangkakan.
Untuk memahami situasi ini, mungkin anda boleh samakan seperti peperangan yang berlaku di Ukraine. Ketika berlakunya perang, negara yang dulunya sangat tenang, sekarang menjadi kacau-bilau.
Begitu juga dalam perkahwinan ketika mengalami krisis, keadaan mula berubah daripada rutin harian biasa kepada suasana porak-peranda.
Peranan dan tugas yang biasa anda lakukan dalam rumah tangga mungkin tidak lagi berjalan seperti biasa.
Sebab itu, penting untuk anda mengambil langkah-langkah menjaga keharmonian dan tidak memburukkan keadaan.
Sebaliknya, fokuslah pada perkara yang anda boleh kawal serta lakukan perubahan dengan memperbaiki kelemahan yang ada pada diri anda dan bukan pada pasangan seperti yang disebutkan dalam al-Quran:
﴿إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِهِمۡۗ﴾ [الرعد: 11]
Maksudnya:
Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.
Sebelum anda melihat tips yang praktikal untuk menghadapi cabaran raya sebagai seorang suami, terdapat empat fasa yang perlu anda tahu sebelum pasangan memutuskan untuk bercerai./*! elementor – v3.14.0 – 26-06-2023 */<br /> .elementor-widget-image{text-align:center}.elementor-widget-image a{display:inline-block}.elementor-widget-image a img[src$=”.svg”]{width:48px}.elementor-widget-image img{vertical-align:middle;display:inline-block}
Fasa pertama:
Tahap di mana salah seorang daripada pasangan mula berfikir tentang perceraian.
Fasa kedua:
Apabila pasangan mula meluahkan hasrat untuk bercerai.
Fasa ketiga:
Apabila pasangan mula melakukan perkara yang menunjukkan ke arah perpisahan. Contohnya, pasangan mungkin memutuskan untuk tidur di bilik yang berbeza atau berpindah ke tempat tinggal yang berasingan.
Fasa keempat:
Apabila pasangan membuat keputusan muktamad untuk bercerai.
Dengan mengetahui fasa-fasa ini, anda boleh mengambil langkah-langkah yang praktikal untuk menghadapi cabaran perkahwinan semasa raya berdasarkan permasalahan yang biasa dihadapi oleh pasangan yang sedang dalam krisis perkahwinan.
Berikut merupakan tips praktikal yang anda boleh lakukan dengan memfokuskan kepada beberapa masalah utama:/*! elementor – v3.14.0 – 26-06-2023 */<br /> .elementor-heading-title{padding:0;margin:0;line-height:1}.elementor-widget-heading .elementor-heading-title[class*=elementor-size-]>a{color:inherit;font-size:inherit;line-height:inherit}.elementor-widget-heading .elementor-heading-title.elementor-size-small{font-size:15px}.elementor-widget-heading .elementor-heading-title.elementor-size-medium{font-size:19px}.elementor-widget-heading .elementor-heading-title.elementor-size-large{font-size:29px}.elementor-widget-heading .elementor-heading-title.elementor-size-xl{font-size:39px}.elementor-widget-heading .elementor-heading-title.elementor-size-xxl{font-size:59px}
#MASALAH 1: KEWANGAN
Perbelanjaan semasa raya
Fasa pertama:
Anda mungkin berasa bimbang terhadap hubungan bersama pasangan kerana pasangan agak boros berbelanja sempena raya tetapi anda masih sanggup memberikan komitmen untuk memelihara hubungan tersebut.
Tips yang anda boleh lakukan:
- Menjadi “Menteri Kewangan” dalam keluarga dengan cara:
- Menguruskan dan menyediakan bajet keperluan raya sesuai mengikut kemampuan kewangan anda.
Dalam Islam, konsep Qawwam yang diberikan kepada suami menekankan salah satu tanggungjawab seorang suami adalah mencari jalan untuk menjana pendapatan yang halal dan menepati prinsip syariah bagi memenuhi keperluan isteri dan anak-anak. Allah SWT berfirman:
﴿ٱلرِّجَالُ قَوَّٰمُونَ عَلَى ٱلنِّسَآءِ بِمَا فَضَّلَ ٱللَّهُ بَعۡضَهُمۡ عَلَىٰ بَعۡضٖ وَبِمَآ أَنفَقُواْ مِنۡ أَمۡوَٰلِهِمۡۚ﴾ [النساء: 34]
Maksudnya:
Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.
Ayat ini menunjukkan seorang lelaki atau suami memiliki sifat qawwam dalam rumah tangganya kerana nafkah yang telah dibelanjakan buat isterinya. Inilah yang ditekankan dalam Islam.
Dalam situasi ini, perkara yang paling penting adalah anda perlu sediakan bajet keperluan raya buat isteri dan anak-anak tanpa terlalu memikirkan perasaan anda terhadap pasangan.
Walau bagaimanapun, anda perlu tahu status kewangan anda dan pastikan ia dibelanjakan sesuai mengikut kemampuan anda supaya anda tidak dibelenggu dengan masalah kewangan di masa hadapan.
Fasa kedua & ketiga:
Anda mula rasa berat untuk berikan wang kepada pasangan kerana pasangan tidak lagi menghormati dan menghargai usaha dan sumbangan anda.
Tips yang anda boleh lakukan:
- Bawa anak-anak keluar untuk shopping baju raya dan keperluan lain.
- Create moment bersama anak-anak untuk membuat persiapan menyambut Hari Raya.
Tetapkan bajet yang sesuai dan ajaklah anak-anak untuk pergi membeli baju raya di kedai berdasarkan kemampuan anda.
Ini akan membantu merapatkan hubungan dan mengelakkan daripada berlaku hubungan renggang antara anda dan anak-anak. Pada masa yang sama memberi peluang untuk berbual-bual dan bertanya khabar dengan mereka.
Fasa keempat:
Anda sudah buat keputusan untuk bercerai. Pasangan juga menolak untuk menerima barang daripada anda. Mungkin ini menjadi raya terakhir anda bersama pasangan.
Tips yang anda boleh lakukan:
- Mengagihkan bajet yang sepatutnya diberikan kepada isteri dengan membelanjakan anak-anak.
Daripada duduk di rumah selepas solat raya tanpa aktiviti, lebih baik anda luangkan masa bersama anak-anak dengan melakukan aktiviti yang sesuai dengan bajet anda.
Contohnya, anda boleh bawa mereka pergi ke Sunway Lagoon, arcade game, atau anda boleh bawa mereka ke kedai permainan dengan duit raya tambahan.
Yang penting, usahakan untuk meraikan dan memberikan pengalaman raya yang indah buat anak-anak anda mengikut kemampuan kerana ada kemungkinan ini menjadi perayaan terakhir ketika ibu bapa mereka masih bersama.
#MASALAH 2: PASANGAN
Gaduh nak bincang balik raya mana
Fasa Pertama & Kedua:
Anda dan pasangan tidak lagi memiliki persefahaman. Kedua-duanya mementingkan diri untuk pulang beraya di kampung masing-masing.
Tips yang anda boleh lakukan:
- Buat temporary compromise bersama pasangan
Sebagai seorang suami, anda perlu lead perbincangan bersama pasangan dan buat temporary compromise supaya masing-masing berpuas hati.
Apa yang anda dan pasangan boleh berkompromi buat sementara waktu?
Misalnya, anda dan pasangan sepakat untuk beraya di kampung pasangan pada hari raya pertama kemudian di sebelah petang atau esoknya pulang beraya di kampung anda.
- Ambil inisiatif untuk berbincang secara terbuka dengan pasangan
Anda perlu ambil inisiatif mulakan perbincangan dengan pasangan.
Fokus pada kriteria cukup syarat yang anda dan pasangan boleh lakukan supaya dapat beraya di kampung halaman masing-masing.
Misalnya, kalau anda dan pasangan decide untuk raya bersama, anda dan pasangan boleh memilih untuk tidak bermalam di kampung masing-masing. Tujuan balik ke kampung sekadar mahu menunjuk muka dan bertanya khabar.
Dalam situasi ini, penting untuk mengehadkan waktu berjumpa dengan kaum keluarga supaya tidak menambahkan lagi tekanan pada hubungan anda.
Kalau anda dan pasangan decide untuk raya berasingan, maka anda perlu pastikan safety & security pasangan dan anak-anak anda terjamin. Mungkin anda boleh:
- Hantarkan pasangan dan anak-anak balik ke kampung.
- Sediakan tiket bas atau tiket flight yang perkhidmatannya selamat dan selesa. Follow up pastikan pasangan dan anak-anak anda selamat tiba di kampung.
Fasa Ketiga & Keempat:
Anda dan pasangan sudah tidak lagi tinggal bersama dan kedua-duanya nekad untuk berpisah.
Tips yang anda boleh lakukan:
- Berterus-terang dengan keluarga tentang keadaan rumah tangga anda.
Anda perlu menceritakan situasi sebenar rumah tangga anda dengan keluarga dan mentua supaya tidak timbul isu-isu yang memburukkan keadaan.
Anda boleh saja call atau whatsapp keluarga dan mentua anda tanpa perlu balik ke kampung, beritahu bahawa anda dan pasangan sedang berada dalam krisis menuju penceraian.
“Hello assalamualaikum, mak ayah apa khabar?
Adam dan Aminah mungkin tak dapat nak balik kampung raya tahun ni.
Sebenarnya kitorang berdua dah lama ada masalah rumah tangga tapi takut nak bagitau mak ayah.
Emm… entahlah mak ayah, nampak gaya dah takda jalan penyelesaian.
Kitorang dah decide nak berpisah dalam waktu terdekat. Minta mak ayah doakan yang terbaik buat kitorang.”
Biasanya masih ada ahli keluarga yang rapat akan cuba ajak kita balik ke kampung, tetapi sebaiknya anda berikan alasan yang munasabah untuk tidak balik ke kampung.
Misalnya, anda mungkin kena berada dalam mod stand by kalau dipanggil untuk urusan kerja atau anda tak sempat nak balik kampung sebab cuti raya tak lama.
Cara ini juga sangat penting demi menjaga emotional balance anda.
#Masalah 3: Anak
Anak-anak tak nak raya asing
Fasa Pertama:
Kebiasaannya tiada isu seperti ini berlaku tetapi mungkin anda rasa tak selesa dan awkward dengan pasangan sebab anda rasa meluat, geram, menyampah dengan pasangan.
Fasa Kedua, Ketiga & Keempat:
Anda dan pasangan dah decide untuk tidak lagi raya bersama tetapi dalam masa yang sama masih fikirkan perasaan anak-anak.
Tips yang boleh anda lakukan:
- Tak perlu terlalu berterus terang dengan anak-anak (6-9 tahun)
Anda boleh cuba memberikan alasan atau pernyataan yang bersifat double meaning dengan maksud yang baik. Misalnya, anda boleh katakan kepada anak-anak:
- “Adam pergilah balik kampung dulu dengan ibu, nanti ayah datang”.
- “Ayah kena balik tolong nenek dan atuk kat kampung dulu, kalau ada masa nanti ayah jumpa adam dengan ibu ya”.
Pernyataan bersifat double meaning sebegini mungkin boleh difahami sebagai tauriah dalam kalangan orang arab.
Tauriah bermaksud:
seseorang yang mengungkapkan suatu lafaz yang mempunyai dua makna. Pertama, makna dekat dan mudah difahami. Kedua, makna jauh dan samar yang tak mudah difahami. Namun, yang dikehendaki daripada pernyataan tersebut adalah makna jauh dan dia menyembunyikan perkara yang dimaksudkan.
Anda tak perlu risau, tauriah tak dikira sebagai berbohong kalau menepati syarat-syaratnya. Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-Adzkar ada menyebutkan:
- Sekiranya perkara tersebut membawa kepada kemaslahatan yang jelas dan keperluan yang tidak dapat lari daripadanya kecuali dengan tauriah, maka ianya dibenarkan.
- Jika bukan dalam situasi tersebut, hukumnya adalah makruh dan tidak haram.
- Jika membawa kepada pengambilan hak orang lain dan menafikan hak orang terhadap diri sendiri, maka hukumnya adalah haram.
(Rujuk: al-Adzkar Lil Imam al-Nawawi: 380)
- Bahagikan masa untuk berjumpa sekejap dengan anak-anak (6-9 tahun)
Mungkin anda boleh spend masa untuk berjumpa dengan anak-anak di sebelah pagi dengan membawa anak-anak pergi solat raya bersama di masjid.
Kalau tak sempat untuk berjumpa di sebelah pagi, boleh buat aktiviti dengan anak-anak di sebelah petang atau malam. Misalnya, anda boleh bermain bunga api atau makan malam di luar bersama anak-anak.
Pada masa ini, penting untuk anda meluangkan masa bersama anak-anak kerana kajian menunjukkan keluarga yang meluangkan masa bersama akan dapat memelihara kesihatan mental dan emosi serta mengurangkan masalah tingkah laku anak-anak.
3. Ceritakan hal sebenar kepada anak-anak sebelum raya (10-13 tahun)
Penting untuk anda tahu bahawa pada peringkat umur sebegini, anak-anak sudah mula mengalami perasaan sedih dan marah terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka.
Sebab itu, sebagai seorang ayah, anda perlu reset expectation anak-anak dengan menceritakan hal sebenar pada masa yang sama berikan emotional support supaya mereka boleh adapt dan hadapi suasana raya dengan lebih tenang dan positif.
Beritahu anak-anak bahawa keputusan untuk berpisah bukanlah disebabkan oleh mereka.
Jangan biarkan mereka rasa bersalah atau bertanggungjawab dengan apa yang berlaku.
Sebaliknya, pastikan bahawa mereka tahu yang anda sangat menyayangi dan mahu terus berjumpa dengan mereka.
Berikan peluang untuk mereka bertanya seberapa banyak soalan yang mereka mahu dan jawab dengan jujur sesuai dengan tahap pemahaman mereka.
#MASALAH 4: MENTUA
Tak nak jumpa orang sebab keluarga dingin
Fasa Pertama & Kedua:
Dalam fasa ini, anda mungkin merasa diabaikan oleh keluarga pasangan. Mungkin kerana mereka menganggap yang anda tak mampu nak jaga isteri dan anak-anak dengan baik.
Tips yang anda boleh lakukan:
- Acknowledge apa yang anda rasa, kawal diri dan emosi dengan cara:
- Elakkan masa “kosong” dan cuba sibukkan diri dengan melakukan aktiviti bersama keluarga seperti merewang siapkan hidangan raya, gotong-royong kemas rumah dan lain-lain aktiviti.
- Cari peluang untuk keluar sekejap. Misalnya, kita boleh offer untuk tolong belikan barang di kedai. Ini dapat mengehadkan interaksi anda bersama keluarga di rumah.
- Create moment bersama anak-anak atau ahli keluarga yang supportive. Misalnya, anda boleh bermain permainan tradisional seperti bermain congkak dan aktiviti-aktviti lain yang santai.
Fasa Ketiga:
Hubungan anda dan pasangan semakin buruk tetapi masih boleh consider untuk pulang ke kampung walaupun hanya berlakon di depan keluarga.
Tips yang anda boleh lakukan:
- Hadkan komunikasi dengan keluarga.
Tak perlu terlalu banyak bersembang dengan keluarga. Cukup sekadar memberi salam dan bertanya khabar tanpa perlu melakukan interaksi berlebihan. (Avoid people-pleasing)
Fasa Keempat:
Dalam fasa ini, biasanya anda dalam keadaan serabut dan tak mahu balik beraya di kampung halaman.
Tips yang anda boleh lakukan:
- Berikan alasan yang munasabah untuk tidak balik ke kampung.
Misalnya, mungkin anda tak sempat untuk pulang beraya di kampung sebab cuti raya tak lama dan anda perlu selesaikan beberapa urusan kerja yang tertangguh sebelum habis cuti raya.
Ini membolehkan anda kekal produktif dan dapat mengekalkan keseimbangan emosi.
Selain itu, manfaatkan waktu ini dengan memberikan ruang untuk diri anda melakukan refleksi dan mencari inner peace.
Anda boleh juga praktikkan tips yang disarankan dalam fasa pertama dan kedua bagi situasi ini.
PENUTUP
Ingat! pada saat anda menghadapi masalah rumah tangga menjelang raya yang bakal tiba, jangan salahkan takdir, diri sendiri atau pasangan anda.
Sebaliknya, belajarlah untuk mengawal diri dan mengendalikan masalah rumah tangga anda dengan rasional. Gunakan tips-tips di atas supaya anda tidak terperangkap dalam keadaan yang lebih buruk. Sebagai lelaki sejati, anggaplah ini requirement yang paling minimum anda boleh lakukan sewaktu berhadapan dengan situasi sebegini.
Reset expectation anda sewajarnya. Sedarlah bahawa situasi sekarang berbeza dan tak sama macam fasa awal perkahwinan anda bersama pasangan.
Walaupun dalam situasi sebegini, teruskan berdoa kepada Allah SWT agar diberikan kekuatan untuk memperbaiki keadaan rumah tangga dan diberikan pengakhiran yang baik buat anda sekeluarga.
Ditulis oleh: Abhar Hakim