Cara untuk Membaiki Perkahwinan yang Bermasalah

Cara untuk membaiki perkahwinan yang bermasalah

Faktor luar mempengaruhi sesebuah perkahwinan. 

Ramai dari kalangan kita, dibesarkan oleh ideologi daripada Disney iaitu pandangan kehidupan tentang “happily ever after”. Di Fasa permulaan mungkin anda rasa susah mencari pasangan. Lepas dah jumpa pasangan untuk hidup bersama, sedar tak sedar ideologi Disney iaitu hidup bahagia selamanya dalam perkahwinan telah mempengaruhi diri.  Maka, anda mempunyai tanggapan bahawa perkahwinan itu mestilah bahagia tanpa masalah. 

Hakikatnya, hampir semua pasangan pernah mengalami masalah rumah tangga walaupun baru berkahwin atau sudah lama dalam usia perkahwinan. Tidak kira betapa kecil atau serius masalah yang dilalui, pertengkaran atau perselisihan-faham pasti terjadi. 

Jika masalah berterusan dalam tempoh yang lama antara pasangan, bagaimana untuk mendapat ketenangan dan mencapai kebahagiaan bersama? Setiap pasangan perlu ada ilmu, teknik dan kemahiran yang betul bagi menyelesaikan masalah yang berlaku dengan baik. 

Menurut John Gottman, 69% pasangan akan melalui masalah Perpetual (masalah yang tidak boleh diselesaikan), manakala 31% pasangan mempunyai masalah Solvable (masalah yang boleh diselesaikan). 

Masalah perkahwinan sering berlaku apabila dua insan yang berlainan cuba untuk menyatukan kehidupan. Kebiasaanya perbezaaan berpunca daripada:

  • Latar belakang
  • Personaliti dan karakter;
  • Tahap sosial dan pendidikan;
  • Kepercayaan;
  • dan keperluan mereka melalui fasa penyesuaian diri dalam alam rumahtangga terhadap pertembungan yang terjadi.

Kadang-kadang, masalah perkahwinan boleh jadi peluang untuk suami isteri memperbaiki perkahwinan ke arah yang lebih baik. Tetapi masalah yang berpanjangan yang tidak dapat diselesaikan, boleh menjadi konflik dan krisis perkahwinan. Akhirnya perkahwinan menuju ke arah perceraian. 

Rumahtangga Rasulullah s.a.w

Perkahwinan baginda saw juga pernah melalui konflik dan permasalahan dikalangan isteri-isteri baginda. Ada yang bergaduh, terasa hati, cemburu dan merajuk. 

Terdapat sebuah kisah tentang kehidupan rumah tangga Rasulullah saw yang juga terkadang diuji dengan permasalahan. Rasulullah menunjukkan contoh bagaimana baginda mengawal masalah yang dilalui dengan bijaksana. 

Dalam sebuah hadith, Rasulullah saw berkata kepada Saidatina Aisyah, “Aku tahu bila kamu marah, dan bila kamu gembira,”. Saidatina Aisyah merasa hairan lalu bertanya kepada Rasulullah saw: “Bagaimana kamu tahu suasana hati yang aku sembunyikan?”. Nabi menjawab: “Apabila kamu marah, kamu bersumpah ‘Demi Tuhan Ibrahim’. Jika hatimu gembira, kamu bersumpahlah ‘Demi Allah Muhammad’.” Selepas mendengar jawapan baginda, Saidatina Aisyah tersipu malu dan ketawa. Lalu berkata “Demi Allah ya Rasulullah, hanya namamu di hatiku.” [HR Bukhari dan Muslim].

Sebenarnya, perselisihan faham, pergaduhan dan masalah adalah perkara normal dalam perkahwinan. Tetapi, apabila faktor luaran seperti:

  • ahli keluarga, 
  • social media atau 
  • pengaruh drama melayu, Korea atau 
  • movie barat dan Disney yang menunjukkan perkahwinan mesti bahagia sentiasa tanpa masalah. 

Terkadang, masalah yang anda alami itu kecil, dan mudah diselesaikan tetapi disebabkan pengaruh faktor luaran, menyebabkan anda rasa perkahwinan yang dibina tidak ada makna lagi dan pasangan yang anda kahwini bukanlah pasangan yang ideal untuk anda. 

Jenis-jenis masalah dalam perkahwinan.

Kajian menunjukkan bahawa masalah dalam perkahwinan boleh dikategorikan kepada 3 bahagian: 

  1. Masalah Solvable ialah masalah yang boleh diselesaikan dengan mudah melalui persetujuan dan toleransi bersama. Ia selalunya mengenai situasi atau topik tertentu. Biasanya masalah ini tidak mempunyai makna yang lebih mendalam di sebaliknya dan ia bukanlah sesuatu yang dipertikaikan pasangan berulang kali.
  2. Masalah Perpetual ialah masalah yang kerap berlaku berpunca dari pertembungan 2 personaliti dan latar belakang yang berbeza antara suami isteri. Akhirnya, suami dan isteri mempunyai pandangan, pendapat dan perspektif yang berbeza mengenai sesuatu perkara. Ini mengakibatkan masalah ini kekal dan berulang kerana sukar mencapai kata sepakat
  3. Masalah Gridlocked Perpetual pula ialah masalah berterusan yang dipendam kerana tidak dapat ditangani dengan baik  berpunca dari masalah berulang yang menjadi konflik. 

Ia bermula dari masalah perpetual tetapi lama kelamaan apabila tidak diselesaikan akan menjadi gridlock. 

Gridlock bermadsud anda stuck pada masalah tersebut kerana bagi anda  masalah tersebut  telah berakar umbi dalam perkahwinan anda terlalu lama dan terlalu kuat.

Akibatnya anda dan pasangan secara automatik mengelak daripada bercakap mengenai perkara ini tetapi masalah ini pada yang sama memakan diri anda dan pasangan. 

Anda perlu faham, boleh jadi bagi sesetengah pihak, mengalamai masalah yang sama seperti masalah kewangan tetapi fasa mereka berbeza. Mungkin pasangan A mempunyai masalah kewangan di fasa perpetual, tetapi pasangan B mempunyai masalah kewangan berada di fasa gridlock. 

Jadi, setiap permasalahan yang mungkin anda lalui tidak boleh disamaratakan dengan masalah orang lain. Masalah berbeza bagi setiap pasangan. 

Cara baiki perkahwinan yang bermasalah

Tidak kira apa sahaja masalah yang sedang anda hadapi sekarang, sama ada:

  • masalah kewangan
  • masalah tanggungjawab
  • masalah komunikasi, 
  • masalah keintiman 
  • atau masalah orang ketiga, 

Masalah anda akan berada diantara 3 kategori masalah iaitu sama ada solvable problem, perpetual problem atau gridlock problem. Hanya anda sahaja yang tahu masalah anda berada di kategori yang mana. 

Disini kami menerangkan cara-cara untuk anda menyelesaikan masalah anda berdasakan kategori permasalahan anda. 

  1. Masalah Solvable

Contoh Masalah Solvable

  • Tahap keinginan hubungan intim yang tidak sepadan (seseorang mahu atau memerlukannya lebih kerap)
  • Tabiat berbelanja (penyimpan VS pembelanja)
  • Hubungan kekeluargaan (menghabiskan banyak masa dengan keluarga VS suka menyendiri)
  • Bersosial (seseorang yang gemar keluar dan berjumpa orang VS suka menghabiskan masa di rumah)
  • Keperluan menyusun atur (kemas VS tidak teratur)
  • Pengurusan masa (menepati masa VS tidak menjaga masa)
  • Perancangan keluarga (mahu anak VS tidak mahu anak)

Cara menyelesaikan Masalah Solvable

  1. Soften your start-up

Kajian menunjukkan, 96% argument tidak mencapai kata putus terhadap sesuatu isu. Jadi, sekiranya anda mahu mulakan langkah untuk berbincang, anda perlu elakkan dari melakukan kritikan dan menunding jari kerana pasangan mudah merasakan anda menyerang dia. Ini menjadikan keadaan semakin parah.  

Berikut merupakan tips praktikal yang anda boleh lakukan:

  1. Isteri perlu menaikkan status suami dengan cara berikannya moral support dan motivasi untuk suami. Supaya suami rasa beliau ada peranan di rumah. Isteri perlu tunjukkan yang anda perlukan kekuatan lelaki. Tunjukkan penghargaan kepada suami. 

Contoh: “Saya tengok awak ni seorang yang hebat, banyak idea, berfikiran jauh. Tapi saya pelik kenapa awak banyak habiskan masa dengan game je. Kalau awak gunakan kelebihan yang awak ada ni selain game, mesti ramai dapat manfaat dan awak makin hebat”

  1. Isteri perlu jelaskan apa yang anda MAHU. Bukan bagitahu apa yang pasangan dah buat. Kesilapan para isteri apabila anda harap pasangan tahu apa yang anda fikirkan. Contoh: “Saya nak spend masa dengan awak”. Bukannya “awak jarang luang masa dengan saya”
  2. Mulakan penyataan dengan “saya” bukannya “awak”. Pasangan lebih mudah menerima mesej anda. Contoh: “Saya rasa lebih dihargai bila awak dapat tolong saya”.  Bukannya “awak ni tak pernah nak faham saya”.
  3. Belajar menjadi pendengar yang baik kepada suami. Galakkan suami untuk meluahkan apa yang suami rasa. Hindarkan dari melabel, menghukum, menyerang, dan membebel ketika berkomunikasi dengan suami. Para isteri perlu belajar untuk fokus terhadap 1 isu pada 1 masa.

2) Bertenang dan tidak membebel. 

  1. Isteri perlu praktiskan cara komunikasi yang betul seperti tidak membebel. Bagi suami, tindakan membebel tersebut adalah isteri mengawal dan meletakkan demand kepada suami. Apabila merasakan situasi semakin tegang, anda perlu berhenti dari terus bertengkar dan beri masa kepada diri untuk bertenang supaya isu yang dibincangkan tidak lari. 

Berikut merupakan tips praktikal yang anda boleh lakukan untuk kekal bertenang semasa berbincang:

  1. Anda perlu berhenti bercakap bila rasa perbincangan makin tegang. Take a break selama 20 minit. Bila dah bertenang, baru sambung perbincangan. 
  2. Berbaring atau duduk dalam keadaan selesa.
  3. Jangan fikirkan kemarahan atau hujah yang bakal diberikan kepada pasangan. 
  4. Lakukan sesuatu yang boleh distract fikiran anda dari memikirkan pergaduhan yang berlaku dengan melakukan aktiviti seperti menghirup udara diluar dan membaca majalah. 
  5. Masalah Perpetual

Berikut adalah beberapa contoh masalah perpetual yang sering berlaku dalam perkahwinan:

  • Perselisihan pendapat tentang cara membesarkan anak-anak atau di mana sekolah mereka.
  • Pendekatan parenting yang berbeza contohnya menjadi ibu/bapa yang lebih strict dan tegas; VS menjadi ibu/bapa yang lebih lembut. 
  • Tidak bersetuju tentang kuantiti masa yang perlu diluangkan bersama keluarga masing-masing (keluarga sendiri dan keluarga mertua).
  • Salah seorang daripada anda adalah seorang introvert dan seorang lagi adalah seorang extrovert, jadi anda bertengkar kerana kehidupan sosial. 

Cara menyelesaikan Masalah Perpetual

Untuk menyelesaikan masalah perpetual, anda perlu belajar kemahiran pengurusan konflik dan dapatkan sokongan dari orang ketiga seperti keluarga atau sahabat yang boleh membantu anda menyelesaikan masalah yang berlaku. 

Berikut merupakan tips lain yang boleh dipraktiskan juga:

  1. Kemahiran pengurusan konflik
  2. Belajar memahami pasangan anda.

Anda perlu menerima realiti keadaan anda dan pasangan sedang melalui fasa konflik. Difasa ini, anda tidak boleh mengubah pasangan dan anda perlu menghormatinya. Berhenti menyalahkan diri sendiri atau pasangan kerana anda sedang berusaha untuk cope dengan masalah yang dihadapi. 

  1. Belajar untuk menyesuaikan dengan keadaan.

Anda perlu mengenalpasti perkara yang anda boleh sesuaikan dengan pasangan agar masalah dapat dikawal dengan baik. Anda perlu mencari titik persamaan agar anda dapat tahu cara untuk kompromi. Ini bertujuan untuk tidak bertembung antara keperluan dan kepercayaan anda dengan pasangan. 

  1. Kompromi
  1.  Anda perlu menerima realiti tentang masalah yang anda sedang lalui ini.  
  2.  Berhenti menyalahkan diri atau pasangan. 
  3.  Sebaliknya beri sokongan, motivasi dan bantuan kepada pasangan. 
  4.  Anda boleh mengambil jalan tengah tentang masalah yang anda hadapi. Sebagai contoh, anda mahu hantar anak ke sekolah Cina tetapi suami mahu hantar anak ke sekolah Agama. Jalan tengah yang anda boleh ambil ialah menghantar anak ke sekolah cina dalam masa yang sama anda boleh berikan pendidikan agama di rumah. 

Anda perlu mengatasi masalah perpetual dengan baik agar anda tidak membiarkannya menganggu perkahwinan anda. 

  1. Masalah Gridlock.

Apabila anda sudah terperangkap dalam masalah gridlock, anda merasa putus asa dengan situasi perkahwinan anda. Ada masa anda mula membayangkan kehidupan selepas perceraian. Janganlah berputus asa. Ramai pasangan yang berjaya menangani masalah gridlock dan membina semula kebahagiaan sendiri.  

Dialogue: The Key to Unlock Gridlock 

Secara asasnya, masalah gridlock adalah tanda bahawa apa yang anda mahukan tidak dapat ditunaikan. Kemungkinan hasrat dan keinginan tersebut telah diluahkan tetapi pandangan tersebut tidak dapat sokongan dan dorongan. Keinginan dan hasrat tersebut merupakan sebahagian daripada identiti anda dan memberi tujuan dan makna kepada diri anda.

Perkara utama yang anda perlu fokus untuk masalah gridlock adalah, bukan untuk menyelesaikanya tetapi untuk memahami dan boleh berbual mengenainya supaya tidak ada istilah “cakap nanti gaduh lah”. Oleh itu sangat penting untuk masalah gridlock ini untuk tidak menunding jari dan mengkritik.

Berikut merupakan tips praktikal yang anda boleh lakukan untuk mengatasi masalah gridlock dalam perkahwinan: 

  1. Explore Keinginan pasangan
  1. Kenal pasti apa masalah gridlock yang anda hadapi. 
  2. Beritahu secara jelas apa keinginan anda. Di dalam satu kertas, tuliskan mengenai: 
  1. Perasaan dan keinginan anda.
  2. Tuliskan kenapa anda rasa perkara tersebut penting untuk anda.

    2. Ubah gridlock kepada dialog. 

Kini masanya untuk anda bercakap/berdialog dengan pasangan. 

  1. Peruntukkan masa 15 minit untuk terangkan kepada pasangan apa yang telah anda tuliskan di dalam kertas tersebut.
  2. Sewaktu giliran anda bercakap, luahkan dengan baik dan jelas mengenai keinginan dan perasaan anda. Bantu pasangan memahami kenapa anda rasakan perkara tersebut penting. 
  3. Apabila tiba waktu anda pula mendengar,  jadilah pendengar yang baik. Jangan mencelah. Jelaskan kembali kepada pasangan apa yang anda faham mengenai keinginannya. Bantu pasangan untuk mencapainya.
  4. Anda perlu ucapkan penerimaan dan sokongan anda terhadap keinginan pasangan walaupun anda rasa seperti sukar direalisasikan. Perkara yang penting adalah hormati pasangan dan keinginannya.

3.   Dapatkan bantuan

Sekiranya anda rasakan keadaan semakin sukar dikawal dan masih terperangkap dengan masalah gridlock dan sedang menuju ke arah perceraian, anda boleh dapatkan khidmat nasihat profesional melalui kaunseling atau coaching untuk membantu anda mengatasi masalah tersebut. 

Sekiranya anda memerlukan Bantuan Profesional, Insyaallah MySakinah boleh membantu anda, klik sini

Penutup

Ingat, permasalahan yang berlaku dalam rumahtangga anda bukanlah waktunya untuk anda menyalahkan takdir, diri sendiri atau pasangan.  

Anda hanya perlu belajar untuk mengendalikan masalah dengan rasional agar tidak membiarkan emosi mengambil alih dan menguasai perkahwinan anda.  

Ingatlah tiada perhubungan yang sempurna, setiap pasangan ada pasang surut dia. Yang penting, anda tidak mempunyai masalah gridlock. Sekiranya ada, carilah bantuan untuk mengatasinya. 

Walaupun tiada perhubungan yang sempurna, setiap perhubungan boleh berjaya jika pasangan mencari cara untuk mengatasi konflik dan terus moving forward.

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih berkenaan tips untuk suami selamatkan perkahwinan yang bermasalah, klik sini.